
Bengkel Multimedia & Digital Production sepak mula latihan MPI 2020
Bengkel Multimedia & Digital Production anjuran Malaysian Press Institute (MPI) berlangsung di MPI, Cyberjaya dari 21 hingga 23 Januari 2020.
Ini adalah kali pertama bengkel seumpama itu dianjurkan oleh MPI.
Seramai 17 peserta daripada media dan komunikasi korporat telah mengikuti bengkel tersebut.
Mereka terdiri dari dua pegawai Jabatan Penerangan Malaysia, dua dari Bank Negara Malaysia, dua dari Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, lima dari Sabah Publishing House Sdn Bhd, tiga dari Group Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan seorang masing-masing dari Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd, Dagang Nexchange Bhd dan Cagamas Bhd.
Penceramah berpengalaman Encik Ahmad Shaifullizam Arshad atau dikenali GBAM, mantan penerbita kanan di Jabatan Hiburan TV3 kini Pengarah, GBAM Production Sdn. Bhd bertindak sebagai penceramah untuk bengkel selama 3 hari ini.
17 orang peserta yang menghadiri bengkel sepak mula latihan MPI bagi 2020. Encik GBAM memulakan sesi mengenai ‘Video Production’ dan ‘News Online Web’ Peserta memberi tumpuan sepenuhnya penerangan dan tips untuk membuat video yang diberikan oleh penceramah. Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan untuk membuat video Kumpulan B memenangi hadiah dalam menghasilkan tugasan video terbaik Para peserta bergambar kenangan di akhir bengkel