Bengkel Perhubungan Media MPI dedah peserta dengan selok belok dapat publisiti

Selama tiga hari pada 10 hingga 12 Jun 2014 lalu  telah berlangsung bengkel perhubungan media anjuran MPI yang bertujuan untuk mendedahkan para pengamal perhubungan awam dan bidang komunikasi korporat tentang selok belok menjenamakan syarikat-syarikat yang mereka wakili dengan imej yang positif menerusi media.

Bengkel yang disertai oleh 16 peserta itu diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Tekan sini untuk senarai peserta.

Lapan tenaga pengajar yang terdiri daripada para peneraju organisasi berita berpengalaman, ahli akademik dan pakar perhubungan awam  telah berkongsi pengalaman masing-masing dalam bengkel itu. Tekan sini untuk senarai penuh penceramah.

Selama tiga hari itu, para peserta telah diberi bimbingan bagaimana untuk mendapat publisiti dalam pelbagai saluran media; menghasilkan kenyataan media yang baik. Mereka juga didedahkan dengan kaedah berhadapan dengan media sewaktu berlaku krisis. Selain itu, para peserta dibimbing bagaimana untuk kelihatan berwibawa sewaktu berhadapan dengan kamera. Tekan sini untuk program bengkel.

1. Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim, PR Counsellor, Mae Public Relations  Sdn. Bhd.  Menyampaikan ceramah bertajuk Journalism and Public Relation – Perception and Belief.

2. Tiga peneraju media (kiri ke kanan) Encik T. Selva, Editor Konsultan Kanan The Star, Encik Jahabar Sadiq, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarang The Malaysian Insider dan Encik Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI menyampaikan ceramah mereka dalam sesi forum memperkatakan Senario Bilik Berita: Cetak, TV dan Kewartawanan Atas Talian.

3. Puan Yusanani Yushak, mantan Penyampai Berita TV3 menyampaikan ceramahnya berjudul komunikasi video dan visual.

4. Ini pula Dr. Haslina Halim, Pensyarah Kanan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) berbicara bagaimana untuk menjadi jurucakap yang berkesan.

5. Peserta bergambar bersama-sama YBhg. Datuk Ahmad A. Talib, Group Advisor, CSR, Media Prima Berhad. Datuk Ahmad telah menyampaikan ceramah berkaitan apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan bila berhadapan dengan wartawan serta bagaimana untuk meningkatkan lagi hubungan baik dengan mereka.

6. B.K Sidhu, Pengarang Kanan Bisnes, The Star (kiri) bersama Datin Wan Norhiyati Wan Ibrahim (kanan, duduk), PR Counsellor, Mae Public Relations Sdn. Bhd. menyampaikan ceramah mengenai Preparing Clients for Debate and Managing Press Conference:  Media & PR Perspectives.

7. B.K. Sidhu (berdiri, kanan) membimbing sesi latihan bagaimana kaedah terbaik melaksanakan persidangan media yang membabitkan semua peserta. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaann kepada peserta pada akhir bengkel.