Berceramah di Forum SSIG – Rakaman gambar-gambar

Forum “Mass Media Trends in Developing Countries” in Conjunction with World Development Information Day (WDID), On 24 October 2013 at Cyberjaya.

Saya adalah antara penceramah yang telah mengambil bahagian pada forum anjuran South-South Information Gateway (SSIG), Bahagian Antarabangsa, Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 24 Oktober 2013. Forum dianjurkan sempena World Development Information Day (WDID) yang diraikan setiap tahun di seluruh dunia, dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNECSO Malaysia.

Tema perayaan bagi WDID 2013 ialah Trend Media Massa di negara-negara membangun. Dalam kerangka itu ceramah yang telah saya sampaikan pula bertajuk: The Freedom and Acceptablity of New Media (lihat ceramah yang telah dimuat naik pada 24 Oktober 2013). Berikut dimuat naik pula gambar-gambar mereka yang diundang menyampaikan ceramah pada forum yang diadakan di Cyberview Spa and Resort di Cyberjaya itu.