Anugerah Media Kempen ‘Blue Ribbon’ 2018
Sukacitanya Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan MPI berkerjasama mengadakan Anugerah Media Kempen Blue Ribbon sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada karyawan atau pengamal media yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha menyampaikan maklumat untuk melindungi nyawa orang awam daripada bahaya asap rokok.
Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan untuk disertai oleh wartawan, penulis mahupun pengamal media, iaitu kategori media cetak, media penyiaran televisyen dan media sosial.
Pihak MPI dengan ini mengalu-alukan penyertaan para karyawan dari mana-mana organisasi media ataupun individu dimana hanya karya-karya yang diterbit dari 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2018 sahaja yang boleh dipertandingkan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Julai 2018.
Borang penyertaan & butiran kriteria boleh didapati disini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai organisasi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), sila kunjungi di laman sesawang www.mysihat.gov.my .
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penyelaras Anugerah Media Kempen ‘Blue Ribbon’, En. Salman di talian 03-8689 2717 / 2718 / 2719 atau e-mail bukitledangmpi@yahoo.com .