Kursus
BUKAN SEMUA PERKARA BOLEH DIKONGSI – VEENA RUSLI

BUKAN SEMUA PERKARA BOLEH DIKONGSI – VEENA RUSLI

MPI telah menganjurkan kursus PR & The Media: Closer Together pada 23 hingga 24 Ogos lalu di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya. Seramai 6 orang peserta dari West Coast Expressway Sdn. Bhd., Public Bank Berhad, Menteri Besar Selangor Incorporated, dan DRB-HICOM Berhad telah menyertai kursus tersebut.

Kursus dua hari ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Veena Rusli, Editor Berita BH. Beliau yang juga merupakan jurulatih yang diiktiraf oleh HRDC telah menyampaikan konten kursus dengan berkesan hingga semua peserta dilihat begitu fokus dan tekun sepanjang kursus diadakan.

Antara intipati kursus yang dikongsikan oleh Veena adalah bukan semua perkara atau maklumat organisasi boleh dikongsikan kepada khalayak.

Menurut Veena, badan korporat yang berhubung secara terus dengan media dalam menyampaikan sebaran maklumat organisasi harus meneliti info-info yang dikongsikan, agar tidak timbul kekeliruan dan salah faham. Penting bagi pihak yang bertanggungjawab dalam urusan penyampaian maklumat ini untuk memeriksa semua info sebelum dimaklumkan kepada media untuk disebarkan kepada masyarakat.

Sebagai pengamal media yang berpengalaman hampir 30 tahun, Veena turut menyarankan kepada para peserta supaya sentiasa menjaga hubungan baik dengan media kerana media dan korporat saling berkepentingan antara satu sama lain.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Veena Rusli menyampaikan kursus pada hari pertama.
Para peserta pada hari pertama kursus.
Hari kedua kursus diisi dengan konten pengurusan krisis.
Para peserta bergambar kenangan bersama Veena Rusli di akhir kursus. Terima kasih semua!