MPI release
CEO MPI BERTEMU KETUA-KETUA PENGARANG SARAWAK

CEO MPI BERTEMU KETUA-KETUA PENGARANG SARAWAK

Bertempat di Restoran Lepau, merakamkan pertemuan pertama Datuk Mustapa Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Sarawak secara santai.

Pertemuan hampir dua jam ini memberi ruang merapatkan lagi ukhwah sambil berbual mengenai pelbagai isu semasa dan berkait dengan kewartawanan.

Antara yang hadir pada malam tersebut ialah Raynore Mering (Borneo Post), Aden Nagrace (New Sarawak Tribune), Iqbal Yusoff (TVS), Samuel Simon (UKAS), Mohd Roji Abdullah (NST/ BH/HM), Shikin Louis (Dayak Daily), Yanti Sham (Utusan Sarawak), Andy Wong (President FSJA), Ronnie Teo (President KDJA) dan Jacqueline David (Citrine One Borneo).

Beramah mesra sambil menikmati hidangan asli Sarawak.
Rakaman gambar sebagai kenangan.
Semoga hubungan baik MPI dan warga media Sarawak berterusan dalam mengharmonikan industri kewartawanan Malaysia.

Dari kiri : Ida, Shikin Louis, Andy Wong,  Raynore Mering, Yanti Sham,
Datuk Mustapa, Ronnie Teo, Aden Nagrace, Jacquline David, Munir,
Iqbal Yusoff, Roji Abdullah dan Samuel Simon.