Featured
CEO Sarawak Energy Berhad puas hati dengan kursus Tampil Berwibawa Berhadapan Kamera 2.0

CEO Sarawak Energy Berhad puas hati dengan kursus Tampil Berwibawa Berhadapan Kamera 2.0

Malaysian Press Institute (MPI) telah menganjurkan sekali lagi Kursus Tampil Berwibawa Berhadapan Kamera atas permintaan Sarawak Energy Berhad bagi melatih kumpulan kedua pengurusan kanannya pada 3-5 April 2019 di ibu pejabat SEB di Kuching, Sarawak.

Bengkel tersebut telah dibimbing oleh personaliti TV tersohor, Yusanani Yushak yang pernah berkhidmat sebagai penyampai Buletin Utama TV3 dan pengurus komunikasi korporat stesen TV itu, selain pernah melatih penyampai berita RTM melalui program Penyampai Ikon.

Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian. Sepuluh peserta dibimbing secara kumpulan manakala lima lagi secara sesi latihan “one to one” termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datu Sharbini Suhaili.

Selain Datu Sharbini, pengurusan tertinggi yang dilatih “one-to-one” ialah Haji Yusri Safri, Naib Presiden, Peruncitan; Dr. Chen Shiun, Naib Presiden, Elektrik Luar Bandar; En. Lu Yew Hang, Ketua Pegawai Operasi dan En. Robin Tigai, Pengurus Besar, Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar. Sepuluh yang dilatih secara berkumpulan ialah Cik Sim Ko Sin, Naib Presiden, Teknologi Informasi dan Komunikasi; En. James Ung, Ketua Pegawai Eksekutif, SEB Power; En. George Albert William Chapman, Pengurus Kanan, Undang-undang; En. Mohamad Abdullah, Pengurus Besar (Arang Batu); En. Simon Chen, Pengurus Stesyen, Sejingkat Power Corporation; En. Stephen Ko, Pengurus Besar, Kewangan; Cik Ripau Kakok, Pengurus Kanan, Polisi dan Saraan; Cik Maria Lee, Pengurus Kanan, Risiko Perusahaan; Puan Dewi Rahmaz Majidi, Pengurus, Undang-undang; dan Cik Elaine Tan, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat.

Sebelum kursus berakhir, Datu Sharbini sempat memberi maklumbalas kursus ini berjaya mendedahkan selok belok kepada beliau dan para peserta lainnya untuk tampil selesa, berkeyakinan dan berwibawa apabila ditemuramah oleh wartawan televisyen dan menurutnya lagi, teknik-teknik yang diajar ini amat berguna kepadanya dalam menyampaikan mesej secara berkesan kepada khalayak.

FOTO :

Puan Yusanani menyampaikan penerangan secara teori pada awal kursus.
Sesi praktikal Sidang Media dimulakan dengan En. James Ung, Ketua Pegawai Eksekutif, SEB Power
Sesi praktikal Puan Dewi Rahmaz Majidi dan peserta-peserta lain ditayang semula untuk penilaian.
Puan Yusanani memberi panduan dan tunjuk ajar pada kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.
Para peserta bergambar kenangan, duduk dari kiri : Cik Sim Ko Sin, Naib Presiden, Teknologi Informasi dan Komunikasi; En. Simon Chen, Pengurus Stesyen, Sejingkat Power Corporation. Berdiri dari kiri : Puan Dewi Rahmaz Majidi, Pengurus Undang-undang; Puan Yusanani Yushak; Puan Peing Tajang, Pengurus Besar Komunikasi Korporat; Cik Ripau Kakok, Pengurus Kanan, Polisi dan Saraan; Cik Maria Lee, Pengurus Kanan, Risiko Perusahaan dan Cik Elaine Tan, Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat.
Sesi praktikal temuramah ‘one-to-one’ bersama Dr. Chen Shiun, Naib Presiden, Elektrik Luar Bandar.
Sesi praktikal temuramah ‘one-to-one’ bersama En. Lu Yew Hang, Ketua Pegawai Operasi.
Sesi praktikal temuramah ‘one-to-one’ bersama Datu Sharbini Suhaili, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB dan diikuti sesi ulang-tayang video untuk penilaian dan tunjuk-ajar daripada Puan Yusanani.