Kursus
CIKGU BOBO BANTU PESERTA TAMBAH KEMAHIRAN MOJO

CIKGU BOBO BANTU PESERTA TAMBAH KEMAHIRAN MOJO

14 orang peserta berkampung di Pusat Latihan MPI selama tiga hari mulai 30,31 Mei hingga 1 Jun 2023 bagi mengikuti Kursus Mobile Journalism yang dikendalikan oleh Encik Hazli Hassan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bobo.

Kursus yang mengetengahkan keperluan menguasai kemahiran untuk menghasilkan video yang bermutu, berinformatif, interaktif dan berdefinisi tinggi dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar tercapai apabila para peserta mengakui kursus ini penuh dengan ilmu yang baharu dan bermanfaat.

Dimensi baharu ini diperakukan kepentingannya dalam meletakkan satu imej/ jenama sesebuah organisasi dalam mempromosikan produk/perkhidmatan atau penyampaian maklumat dengan pantas tanpa melibatkan kos yang mahal.

Tidak tertumpu kepada aspek teknikal semata-mata, Cikgu Bobo membawa pelbagai contoh jenis peralatan atau aksesori tambahan yang bersesuaian yang diperlukan dalam membantu proses penyediaan video.

Walaupun para peserta kelihatan gementar, ditekan dengan dengan pelbagai jenis latihan praktikal secara solo dan berkumpulan , namun pada akhirnya mereka sangat menikmati proses pembelajaran selama tiga hari ini.

Para peserta pada hari pertama kursus.
Cikgu BOBO memulakan sesi hari pertama beliau.
Sesi tunjuk ajar dan belajar.
14 orang peserta prokatif dari PLUS (M) Bhd, IOI Properties Group, Media Prima Berhad dan JAPEN ceria bergambar bersama Cikgu Bobo sebelum bersurai.