Kursus
‘CIPTA PELAPORAN MENGIKUT PIAWAIAN GOOGLE’

‘CIPTA PELAPORAN MENGIKUT PIAWAIAN GOOGLE’

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

Kursus Digital PR: Data-Driven Approach anjuran Malaysian Press Institute (MPI) pada 5 – 6 Oktober 2022 lalu telah berjaya meningkatkan kemahiran dan pemahaman mengenai pentingnya Data Analisis dan penulisan SEO (Search Engine Optimisation) yang tepat dalam memenuhi keperluan kerjaya para peserta. 

Maklumat tersebut telah dikongsikan dan disampaikan sendiri oleh penceramah yang pakar dalam bidang tersebut iaitu Encik Munir Anaam Zuljadan dimana beliau menerapkan bahawa penulisan ‘SEO Content’ mengikut piawaian Google boleh dibuat dengan menggunakan ‘SEO Review Tools’ untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam carian.

Lebih menarik, hasil temubual daripada salah seorang peserta berpendapat bahawa kehadiran mereka selama dua hari kursus telah membuahkan hasil dengan peningkatan maklumat dengan mempelajari cara-cara untuk membuat analisis menggunakan laman web seperti Semrush, Brand24, MediaToolsKit dan memahami dengan lebih mendalam pembacaan data tersebut.

Penceramah mendedahkan bahawa data analisis boleh dijadikan sebagai laporan untuk dibentangkan kepada syarikat masing-masing.

Seramai 9 orang peserta dari pelbagai organisasi telah menghadiri kursus selama dua hari tersebut.

Perkongsian disampaikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan selaku penceramah kursus selama dua hari.
Haizir (Sinar Karangkraf) sedang menyelesaikan tugasan pada hari pertama.
(Gambar atas dan bawah): Penceramah, membantu para peserta yang mengalami kesukaran ketika sesi praktikal diadakan.
Antara aktiviti spontan, para peserta bermain game ‘quickdraw’ sebelum sesi kursus pada hari kedua bermula.
Peserta daripada Pharmaniaga Berhad, Alia (depan) dan Na’ila membincangkan laporan yang disediakan pada hari kedua berdasarkan data yang diperoleh.
Terus maju dan terbang lebih tinggi! Para peserta merakamkan kenangan bersama penceramah setelah tamat kursus.

Dari kiri:  Sarah (Freelancer), Noraisah (Sinar Karangkraf), Encik Munir, Haizir (Sinar Karangkraf), Loong Wai Ting (NST), Razak (NST), Alia (Pharmaniaga Berhad), Izham (PUNB) dan Na’ila (Pharmaniaga Berhad)