DagangNews memeriahkan kewartawanan era digital
14 Mac 2023. Pagi ini meluangkan waktu melawat ofis DagangNews di Shah Alam. Baru berusia 33 bulan tapi sudah muncul sebagai portal berita yang diterima baik dalam kalangan masyarakat perniagaan dan dunia korporat.
Berbual dengan pengarang urusannya Saudara Johardy Ibrahim meyakinkan saya bahawa portal berita ini akan pergi jauh dalam bidang kewartawanan.
Sebagai portal berita yang nichenya adalah berita dan maklumat perniagaan saranan nilai atau value proposition dan sasaran khalayaknya adalah jelas.
Dengan kata lain Saudara Johardy bijak menggunakan pengalamannya dalam bidang kewartawanan selama 31 tahun untuk menjadi seorang usahawan media.
Sebelum memulakan dan mengasaskan DagangNews beliau pernah berkhidmat dengan BERNAMA selama dua tahun dan selebihnya dengan Utusan Malaysia.
Jawatan terakhirnya dengan Utusan ialah pengarang berita kanan. Beliau juga pernah menjadi pengarang ekonomi Utusan Malaysia.
Selamat berjaya Saudara Johardy dan DagangNews.