Kursus
DATUK MAHFAR DEDAHKAN RAHSIA HASILKAN PELAPORAN BERIMPAK TINGGI

DATUK MAHFAR DEDAHKAN RAHSIA HASILKAN PELAPORAN BERIMPAK TINGGI

Disediakan oleh: Shahirah Shukor

Seramai 9 orang peserta daripada pertubuhan media & korporat hadir mengikuti kursus sehari yang disampaikan oleh Datuk Mahfar Ali.

Kursus ‘Creating Impactful Story’ yang dilaksanakan pada 24 November 2022 memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya memilih tajuk yang mampu menarik perhatian khalayak untuk membaca pelaporan yang disediakan.

Elemen emosi seperti suspen, marah, takut dan simpati antara yang ditekankan oleh penceramah perlu dimasukkan dalam laporan tersebut. Selain penggunaan grafik, pemilihan kosa kata, visual dan diperkuatkan dengan bukti-bukti untuk menyokong pelaporan tersebut mampu menjadikan karya yang dihasilkan berimpak tinggi.

Para peserta mengakui kepakaran dan penyampaian penceramah membantu mereka memahami dan menggunapakai teknik-teknik yang didedahkan dalam penyediaan pelaporan berkesan.

Mantan Editor Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali beraksi sebagai penceramah
Para peserta kelihatan serius memberi tumpuan terhadap tugasan solo
Latihan praktikal pertama secara individu dimana peserta perlu menulis ‘intro story’ atau pengenalan kepada sesuatu topik yang dipilih sendiri.
Para peserta sedang menjalani perbincangan berkumpulan antara satu sama lain bagi sesi latihan praktikal kedua
Gambar atas dan bawah: Aliff (LTH) dan Fahmy (NSTP) antara wakil yang membuat pembentangan bagi kumpulan mereka.
Terima kasih!

Dari kiri: Sarrah (Sinar Karangkraf), Fatimah (Sinar Karangkraf), Hajar (LTH), Reena (HICOM Holdings Berhad), Fahmy (NSTP), Datuk Mahfar Ali, Aliff (LTH), Affan (NSTP) dan Ridzuan (Sinar Karangkraf).