Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017 uji fizikal dan mental peserta

Permulaan cabaran yang agak mudah tetapi dua cabaran akhir sebelum menamatkan perlumbaan sukar dan perlukan kesabaran serta pengetahuan tentang bahasa. – Itu antara yang dilontarkan oleh para peserta Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI).

Seramai 15 kumpulan yang dianggotai oleh empat orang peserta mewakili pertubuhan media masing-masing berkumpul di Bangunan Lama DBP pada 28 Oktober 2017 jam 8.30 pagi.

Acara pelepasan peserta dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.

Ini merupakan acara pertama kali melibatkan para media anjuran DBP bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.

Lima hentian ditetapkan oleh DBP yang dimulakan di Muzium Negara, diikuti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kemudian Perpustakaan Negara dan dua cabaran akhir di Menara DBP serta Bangunan Lama DBP. Setiap kumpulan perlu menyudahkan setiap cabaran yang diberikan dan jika berjaya satu cap akan ditandakan oleh hakim sebelum peserta dibenarkan meneruskan cabaran seterusnya. Di akhir kaunter penamat, Urusetia akan menyemak jumlah cap yang diterima oleh setiap kumpulan dan kumpulan pertama yang tiba dengan jumlah cap yang tepat akan disahkan sebagai Juara.

Pada majlis penyampaian hadiah, kumpulan KOSMO! yang dianggotai oleh Rosli Hassan, Azhar Ahmad, Mohd Ridzauddin Roslan dan Mohd Ruzaidi Mohd Amin dinobatkan sebagai Juara; kumpulan RTM yang terdiri daripada Noorasikin bt Salleh, Mariati Mat Isa, Muhammad Munir Muhamad Alias dan Mohd Hisham Azlan sebagai Naib Juara dan tempat Ketiga milik TV3 yang diketuai oleh Mohd Azri Atan, Diana Daniel, Mior Malek Raiyani dan Mohd Hafizul Akhmal Azeman.

Pemenang membawa wang tunai RM 1,500 untuk Juara, Naib Juara RM1,200 dan Ketiga menerima RM800.00 serta sijil penghargaan. Sementara itu, mana-mana kumpulan yang berada di kedudukan lima teratas menerima hadiah sagu hati berjumlah RM500.00 setiap kumpulan.

Para peserta menyatakan keterujaan dan keseronokan menyertai Eksplorasi Bahasa Media yang menonjolkan perbezaan dari segi cabaran dan tema yang disediakan berbanding dengan acara Eksplorasi yang pernah disertai sebelum ini.

Rakaman gambar:DBP Eksplorasi 01

  1. Puan Aninah dari DBP (tengah) menjelaskan sesuatu kepada ahli wakil kumpulan KOSMO!. Turut kelihatan Puan Ramizah dari MPI (kanan) yang bertindak sebagai Urusetia.
  2. Gambar lain memperlihatkan para peserta bersarapan pagi terlebih dahulu sebelum taklimat Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017bermula.

DBP Eksplorasi 02

  1. Gambar kiri – Puan Aninah menyampaikan taklimat Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017 kepada para peserta.
  2. Gambar kanan – Datuk Dr. Chamil Wariya (bertopi) turut hadir sebagai sokongan kepada penganjuran Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017. Turut sama di meja utama Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP.

DBP Eksplorasi 03

  1. Gambar kiri – Setiap kumpulan menggunakan sebuah kereta rasmi yang dilekatkan dengan pelekat kenderaan Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017 disusun sebelum upacara pelepasan.
  2. Gambar kanan – Puan Padilah Haji Ali, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran dan Datuk Dr. Chamil Wariya melepaskan para peserta menuju ke hentian pertama cabaran di Muzium Negara.

DBP Eksplorasi 04

Pelbagai aksi para peserta sempat dirakamkan lensa jurukamera MPI untuk menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan.

DBP Eksplorasi 05Antara kumpulan terawal yang berjaya menamatkan setiap cabaran di garisan penamat.

DBP Eksplorasi 06

Majlis penyampaian hadiah:

 

  1. Datuk Abang Sallehuddin menyampaikan ucapan dan memberi bayangan program Eksplorasi Bahasa (Media) ini akan diteruskan pada tahun akan datang.
  2. Kumpulan RTM yang diketuai Wan Wizana, Niswani, Zadil Hidayat dan Siti Nurbaini mendapat hadiah sagu hati kelima membawa pulang RM200.00.
  3. Hadiah sagu hati keempat milik BERNAMA yang dianggotai oleh Mohd Noor Ikram, Nurul Shaheera, Amirul dan Muhammad Afiq turut membawa pulang RM200.00
  4. Hadiah sagu hati ketiga menerima RM 200.00 milik Naseera Atheerah, Muhammad Muhsin, Abdul Razak dan Afruz dari Astro Awani.
  5. Utusan Karya juga menerima hadiah sagu hati kedua bernilai RM200.00 hasil kerja berpasukan Mohd Azrin, Nurruddin, Nurul Sofia dan Nurul A’in.
  6. BERNAMA juga membawa pulang hadiah sagu hati pertama bernilai RM200.00 yang disertai oleh Shaharom, Zaharin, Nor Azlina dan Suzianna.

 

Kesemua pemenang sagu hati menerima hadiah masing-masing daripada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dato’ Nafisah Ahmad sambil diiringi oleh Puan Padilah Haji Ali dan Datuk Abang Sallehuddin.

 Manakala pemenang pada kedudukan tiga teratas menerima hadiah masing-masing daripada Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI.

 

  1. Tempat ketiga milik TV3 membawa pulang hadiah wang tunai RM800.00 diketuai oleh Mohd Azri, Diana Daniel, Mior Malek Raiyani dan Mohd Hafizul Akhmal.
  2. RTM dianggotai oleh Noorasikin, Mariati, Muhammad Munir dan Mohd Hisham muncul pemenang Naib Juara membawa pulang RM1,200.
  3. Juara Eksplorasi Bahasa (Media) BBK 2017 milik KOSMO! dan ahli kumpulannya terdiri daripada Rosli, Azhar, Mohd Ridzauddin dan Mohd Ruzaidi menang RM1,500 wang tunai.

DBP Eksplorasi 07

  1. Para pemenang utama bergambar bersama replika cek masing-masing. Turut kelihatan Tuan Haji Abd Rahim Abdullah, Pensyarah Fakulti Penulisan ASWARA (lima dari kiri), Puan Padilah Haji Ali (bertudung merah), Dato’ Nafisah Ahmad (tengah bertudung kelabu), Datuk Dr. Chamil Wariya (tengah, bertopi) dan Datuk Abang Sallehuddin (berdiri bersebelahan Datuk Dr. Chamil).
  2. Datuk Abang Sallehuddin (kanan sekali) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr. Chamil dan Dato’ Nafisah. Turut kelihatan Puan Padilah (kiri sekali).
  3. Para peserta bersama tetamu kehormat dan urusetia bergambar kenangan pada majlis penutup Eksplorasi Bahasa (Media ) BBK 2017.

Rakaman video pada hari kejadian :