Enam peserta ikuti bengkel kedua penulisan berkesan MPI

Bengkel Effective Writing buat kali kedua anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bagi tahun ini berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2014 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Enam pegawai perhubungan media dari syarikat-syarikat korporat iaitu RHB Banking Group, Malaysia Building Society Berhad, SME Bank dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad menyertai program itu.

Lagi dua peserta dari Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. menarik diri pada saat-saat akhir disebabkan ada krisis yang membabitkan syarikat mereka yang tidak dapat elakkan.

Selama dua hari mengikuti kursus yang dikendalikan oleh pengarang bisnes kanan akhbar The Star, B.K. Sidhu,  mereka telah diberi pendedahan dan kefahaman mendalam mengenai penulisan berkesan.

Para peserta juga diingatkan betapa perlunya mereka menggunakan Bahasa Inggeris menurut kata kerja yang betul dan perancangan siaran media yang berkesan untuk syarikat korporat yang mereka wakili dan juga surat kepada editor.

Beberapa contoh artikel sebagai latihan telah diberikan kepada peserta oleh pengajar demi untuk mendapat keberkesanan dari pengajaran pada hari pertama kursus.

Pada hari kedua pula, pengajar menyampaikan ceramah ‘pengurusan krisis’ dan diikuti latihan perbandingan contoh siaran akhbar yang baik dan sebaliknya. Latihan menulis kenyataan akhbar diadakan selepas itu bagi melengkapkan kemahiran peserta menulis.

1. Enam peserta bengkel penulisan berkesan tekun mengambil nota.

2. B.K Sidhu, Senior Editor, Business, The Star sewaktu menyampaikan ceramah.

3. Para peserta (kumpulan pertama) sedang menyediakan latihan menulis kenyataan akhbar.

4. Para peserta (kumpulan kedua) sedang menyiapkan cara penulisan yang berkesan.

5. Dua peserta wanita Pn. Shaliza Azlin Mohd. Shamsuldin dari Malaysian Building Society Berhad (kanan) dan Cik Rafizan Ab. Aziz dari SME Bank (kiri) dinobatkan sebagai peserta terbaik bengkel.

6. Pengajar ( berbaju merah di tengah) bergambar kenangan dengan peserta pada akhir program.