Forum Media dan Komunikasi menjelang PRU Ke-14 dapat sambutan hangat

Hampir 150 pemimpin editorial, wartawan, pengamal media dan ahli akademik hadir menjayakan Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU Ke-14  yang berlangsung pada 5 April baru-baru ini di Hotel Novotel, Kuala Lumpur.

Selain bertepatan dengan  suasana pilihan raya yang bakal tiba, wacana ilmu anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Persatuan Pendidik Komunikasi  ini menarik minat para peserta kerana tajuk-tajuk perbincangan forum kali ini bertumpu kepada hasil kajian empirikal berkaitan PRU,  keberkesanan peranan media  dalam menghadapi PRU dan kaedah penyampaian mesej kepada khalayak semasa PRU daripada  perspektif akademik.

Tajuk-tajuk forum disampaikan oleh tokoh akademik, ahli kewartawanan dan peneraju editorial yang pakar dalam bidang masing-masing, antaranya ; Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Profesor di Jabatan Komunikasi, UIAM;  Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UUM dan Dr. Mohd. Faizal Kasmani, Pengarah di  Pusat Komunikasi Strategik, USIM  yang membentangkan tajuk sesi pertama, “Pembentangan Kajian Berkaitan PRU”.  Sesi ini turut dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, Pengarah di Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti, USIM selaku moderator.

Bagi sesi kedua bertajuk “Media dan PRU : Antara  Menyokong, Menentang  dan Berkecuali” , ahli-ahli panelnya terdiri daripada Dato’ Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial, Grup Sinar Karangkraf Sdn Bhd; Cik Hafidah Samat, Editor, Digital Media & Big Data, Astro AWANI dan En. Shahrum Sayuthi, Pengarang Bersekutu, BRU Publication manakala moderatornya ialah Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif,  MPI.

Sesi terakhir, “Mengkomunikasikan Mesej kepada Khalayak semasa PRU : Perspektif Akademik” dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press Malaysia Berhad dan ahli-ahli panelnya terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi  merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), USM; dan Prof. Dr. Faridah Ibrahim, Dekan, Fakulti Sastera, Komunikasi & Pendidikan , Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur.

Pada awal program forum, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi terlebih dahulu merasmikan majlis. Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan penghargaan kepada MPI atas peluang menjalin kolaborasi bersama MPI menganjurkan program seperti ini.  Menurutnya lagi, secara tidak langsung, forum ini turut mempromosikan persatuan yang baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2017 di samping dapat menambah keahlian di kalangan pensyarah-pensyarah media dan kewartawanan yang hadir menyertai forum.

 

FOTO-FOTO SEKITAR FORUM :

Pendaftaran : Dato’ Hassan Mohammed Noor (dua dari kanan), Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan antara editor yang hadir menyertai forum.
Pendaftaran : Dr. Norsiah Abd. Hamid (paling kiri), AJK Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia turut bertugas mengambil kedatangan ahli yang menyertai forum.
Sebagai pembuka majlis, Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI menyampaikan ucapan mengalu-alukan kedatangan para tetamu/peserta.
Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), USM diberi penghormatan merasmikan forum usahasama MPI-Persatuan ini.
Grup foto selepas majlis perasmian : Dari kiri – Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin (USIM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani (UUM), En. Mohd. Azri Atan (Ahli Majlis Pentadbir MPI-TV3), Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid (UIA), Datuk Ibrahim Abdul Rahman (Ahli Majlis Pentadbir MPI-Jab. Penerangan), Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Datuk Dr. Chamil Wariya, Prof. Dr. Faridah Ibrahim dan En. Shahrum Sayuthi (BRU Publication).
Sesi 1 “Pembentangan Kajian Berkaitan PRU” dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, Pengarah Pusat Perancangan Korporat & Pengurusan Kualiti, USIM.
Ahli-ahli panel Sesi 1 (dari kiri) : Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Profesor, Jabatan Komunikasi, UIAM , Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UUM dan Dr. Mohd. Faizal Kasmani, Pengarah, Pusat Komunikasi Strategik, USIM.

1 2 3Ahli-ahli panel Sesi 2 “Media dan PRU : Antara  Menyokong, Menentang  dan Berkecuali” : Dato’ Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial, Grup Sinar Karangkraf Sdn Bhd (1), Cik Hafidah Samat, Editor Digital Media & Big Data, Astro AWANI (2) dan En. Shahrum Sayuthi, Pengarang Bersekutu, BRU Publication (3).

 

Sesi terakhir “Mengkomunikasikan Mesej kepada Khalayak semasa PRU : Perspektif Akademik” terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein (kanan), Prof. Dr. Faridah Ibrahim, Dekan, Fakulti Sastera, Komunikasi & Pendidikan, IUKL (kiri) dan Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif
The New Straits Times Press sebagai moderator.
Datuk Seri Abdul Jalil Hamid sebagai moderator.
Prof. Dr. Faridah Ibrahim sebagai ahli panel.

Suasana di dalam dewan selepas para tetamu/peserta mengambil tempat masing-masing.
Audiens memberi tumpuan ketika forum berlangsung.
Orang kuat media – Dari kanan : Dato’ Abdul Jalil Ali (Grup Sinar/Karangkraf) dan En. Mohd. Azri Atan , Pengurus Perkhidmatan Editorial TV3 duduk bersebelahan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya.
Datuk Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (dua dari kiri) duduk bersebelahan Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein.
Sesi Soal-Jawab : Antara ahli akademik yang bertanyakan soalan – Prof. Madya Dr. Hamisah Zaharah dan Dr. Akmar Hayati masing-masing dari UPM dan Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa dari UKM.
Prof. Madya Dr. Chang Peng Kee dari UKM turut bertanyakan soalan.
Dato’ Baharum Mahusin, Pengarang KOSMO! bertanyakan soalan mewakili para editor .
Santai – Dari kiri : Dato’ Hassan Mohammed Noor (Kumpulan Utusan), Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin dan Datuk Dr. Chamil Wariya berbual sebelum forum bermula.
Swafoto – Dari kiri : En. Mohamad Fathkul Hatta (Jab. Penerangan), En. Saleki Amat Januri (Jab. Perdana Menteri) dan Prof. Dr. Faridah Ibrahim (IUKL).
Swafoto – Dari kanan : En. Mohd. Azri Atan (TV3) turut meraikan kehadiran Prof. Mohamad Md. Yusof (USM).
Ahli-ahli akademik merakam kenangan bersama Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid , dari kiri : Dr. Norsiah Abdul Hamid (UUM), Prof. Madya Dr. Hamisah Zaharah (UPM) dan Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa (UKM), Dr. Shuhaida Md. Noor (USM).
Grup Foto sebelum program forum bersurai – dari kiri : Prof. Dr. Faridah Ibrahim (IUKL), Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein (Persatuan Pendidik Komunikasi), Datuk Dr. Chamil Wariya (MPI), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid (NSTP), Datuk Ibrahim Abdul Rahman (Jab. Penerangan), Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid (UIAM) dan Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin (Persatuan Pendidik Komunikasi /USIM).