FORUM MEDIA KEBANGSAAN 2019 – LIPUTAN MEDIA

Forum Media Kebangsaan dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Taylor’s University yang berlangsung pada  25 September 2019 di Taylor’s University, Subang Jaya telah mendapat liputan luas daripada pihak media.  Berita-berita yang dapat dikumpul, antaranya seperti berikut :

BERITA»Nasional

Rabu, 25 September 2019 | 2:21pm

Tokoh Wartawan Negara 2018 Tan Sri Johan Jaaffar (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya pada Forum Media Kebangsaan “Industri 4.0 Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform” hari ini. Turut kelihatan Ketua Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Taylor’s, Dr Latiffah Pawanteh (kiri).
 – Foto BERNAMA

Struktur semula pengajian media – Johan Jaaffar

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

azrone@bh.com.my

SUBANG JAYA: Pengajian media dan komunikasi di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu distruktur semula untuk memastikan graduan dilahirkan menepati keperluan industri media semasa.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, berkata pelajar bidang itu perlu tahu mengenai realiti baharu perniagaan dan operasi media termasuk keseluruhan disiplin pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran berita.

Sehubungan itu katanya, IPT mencakupi universiti awam (UA) perlu memastikan kurikulum yang diajar menepati kehendak industri dan tidak ketinggalan zaman kerana media masa kini amat berbeza dengan 10 tahun lalu.

“Kurikulum terdahulu sudah tidak relevan dan ia tidak relevan secara keseluruhannya dengan keadaan media ketika ini. Oleh itu, perlu diubah dan dikaji semula.

“Saya percaya pengajian media masih relevan, namun perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa. Kita perlu menambah baik keseluruhan bidang pengajian ini,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Media Kebangsaan Industri 4.0: Kewartawanan Merentasi Pelbagai Program, di sini, hari ini.

Forum sehari itu anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) bersama Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Taylor’s.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya dan Ketua Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Taylor’s, Dr Latiffah Pawanteh.

Mengenai industri media, Johan yang juga bekas Pengerusi Media Prima Bhd berkata, syarikat media perlu melihat ke dalam diri untuk membuat penilaian bagi menentukan pendekatan baharu menghadapi cabaran semasa.

Katanya, cabaran itu bagi pandangan beliau bukan sahaja persaingan dengan media sosial atau sesama sendiri untuk menyampaikan berita, malah pengaruh pengiklanan.

Beliau berkata, sebahagian besar daripada peluang media konvensional untuk mendapat peluang dari segi iklan diambil alih oleh gergasi media sosial seperti Google dan Facebook.

“Ini dengan sendirinya jumlah pendapatan berpindah ke syarikat gergasi berkenaan. “Syarikat media perlu menyusun semula strategi untuk masa depan kerana model perniagaan yang ada tidak boleh digunapakai lagi sebab tidak praktikal,” katanya.

Pengajian media di universiti masih relevan – Johan

Madiha AbdullahAstro Awani |  September 25, 2019 15:10 MYT

Johan Jaaffar menyampaikan ucapan pada Forum Media Kebangsaan – Industri 4.0 Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform di Petaling Jaya pada Rabu. – Gambar BERNAMA

PETALING JAYA: Pengajian media yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi masih relevan, namun ia memerlukan penstrukturan semula untuk memastikan ia dapat dimanfaatkan pelajar apabila tamat belajar kelak.

Menurut Tokoh Wartawan 2018, Tan Sri Johan Jaafar, subjek yang membabitkan media baharu atau new media serta pelaporan menerusi platform media sosial antara yang boleh dikaji untuk dimasukkan dalam silibus pengajian.

Beliau berkata, konteks industri media masa kini sangat berbeza dengan 10 atau 20 tahun sebelum ini.

“Tidak ada pengajian yang tidak relevan. Tetapi kita perlu melihat keseluruhan dengan sejujurnya, kurikulum atau sukatan pelajaran yang sedia ada. “Pengajian media di universiti perlu dilihat semula, dari aspek kurikulum dan keperluannya dalam industri media,” kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu lagi.

Johan berkata demikian ada Forum Media Kebangsaan di Taylor’s University, di sini, pada Rabu.

Forum kali keenam itu mengetengahkan tema ‘Industri 4.0 – Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform’, dengan objektif membincangkan isu-isu perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan atau AI, serta kesan media digital kepada industri secara keseluruhannya.

Antara panelis lain ialah Ketua Pengarang Kumpulan Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan, Pengarah Pusat Pengajian Komunikasi University of Nottingham kampus Malaysia, Prof. Zaharom Nain dan Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.

Johan berkata, perkembangan teknologi yang kini menuju ke era Revolusi Perindustrian 4.0 memerlukan penggiat media lebih terbuka, kreatif dan dinamik dalam menangani cabaran persaingan bukan sahaja sesama agensi media, tetapi juga untuk mendepani dominasi media sosial.

“Organisasi media tidak lagi mempunyai hak eksklusif terhadap berita. Sesiapa sahaja boleh menjadi pemberita atau wartawan. Dapat sahaja maklumat, ia boleh dimuatnaik ke platform media sosial dan sekelip mata, ia menjadi tular. Kalau kita ikut cara lama, kita tidak boleh bertahan,” tambah beliau lagi.

Realiti media kini berbeza

JOHAN (kanan) beramah mesra dengan peserta forum.

Subang: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program akademik pengajian media dan komunikasi di negara ini perlu menstruktur semula kurikulum dan sukatan yang ditawarkan.

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, ia berikutan realiti media ketika ini sangat berbeza dengan 10 tahun yang lalu.

Menurutnya, pelajar bidang ini perlu tahu mengenai realiti baharu perniagaan dan operasi media termasuk keseluruhan disiplin pengumpulan berita, pemprosesan dan penyebaran berita.

“Kurikulum terdahulu sudah tidak relevan dan ia tidak relevan secara keseluruhannya dengan keadaan media ketika ini. Oleh itu, perlu diubah dan dikaji semula.

“Kita perlu menambah baik keseluruhan bidang pengajian ini. Kita tidak boleh melihat kewartawanan dari sudut prisma sekolah lama,” katanya ketika ditanya sama ada pengajian media dan komunikasi masih relevan.

Beliau berkata demikian selepas ditemui selepas menyampaikan ucap tama dalam Forum Media Kebangsaan bertajuk Industri 4.0 – Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform di Universiti Taylor’s, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya dan Ketua Pusat Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Taylor’s, Dr Latiffah Pawanteh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 6:15 AM

Kurikulum Pengajian Media dan Komunikasi IPT perlu dinilai semula

HASNIZA HUSSAIN | | 25 September 2019

Johan (dua dari kanan) bersama Chamil (kanan) beramah mesra bersama ahli panel dan ketua pengarang pada Forum Media Kebangsaan ‘Industri 4.0-Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform’ di Taylor’s University, Subang Jaya hari ini. – FOTO: ZAHID IZZANI

SUBANG JAYA – Kurikulum Pengajian Media dan Komunikasi di institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu dinilai semula bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan industri media semasa.

Tokoh Wartawan Negara 2018, Tan Sri Johan Jaafar berkata, ini kerana, realiti industri media pada hari ini amat berbeza jika dibandingkan dengan tempoh 10 atau 20 tahun lalu. “Saya percaya, tiada pengajian yang tidak relevan termasuk pengajian media dan komunikasi ini.

“Tetapi kita melihat terdapat keperluan untuk sukatan pelajaran atau kurikulum media yang diajar di universiti dilihat semula secara menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar selepas Ucaptama Forum Media Kebangsaan Industri 4.0: Kewartawanan Merentasi Pelbagai Platform di Taylor’s University di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada Pengajian Media dan Komunikasi sedia ada masih relevan untuk diajar di IPT negara.

Sementara itu, Johan turut menegaskan bahawa industri media juga perlu ‘muhasabah diri’ bagi menghadapi cabaran pada ketika ini dan akan datang.

Beliau berkata, banyak pihak mengatakan media arus perdana termasuk akhbar dan televisyen tidak dapat bertahan untuk jangka masa yang lebih lama. “Kita sendiri melihat bagaimana jualan akhbar menurun sejak 10 tahun lalu dan ini sangat membimbangkan.

“Selain itu, wujudnya cabaran duopoli dalam industri ini di mana sebahagian besar daripada peluang untuk media konvensional terutamanya dari segi iklan telah diambil alih oleh syarikat gergasi seperti Google, Facebook dan sebagainya,” katanya.

PENGAJIAN MEDIA PERLU TEPATI KEHENDAK SEMASA

Posted on 25 September 2019 by Rokiah Ismail Leave a comment

Last Updated on September 25, 2019 at 5:58:07 pm

           Johan Jaaffar

SUBANG JAYA – Pengajian Media dan Komunikasi di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) perlu dikaji semula bagi melahirkan graduan yang bertepatan dengan kehendak industri semasa.

Tokoh Wartawan Negara 2018, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, silibus pengajian itu memerlukan penambahbaikan supaya kekal relevan dengan peredaran industri yang berbeza dengan masa lalu.

“Saya percaya tiada pengajian yang tidak relevan, termasuk pengajian media. Kita perlu melihat semula kurikulum media, sukatan pelajaran yang diajarkan. Realiti media hari ini berbeza dengan realiti 10-20 tahun lalu. Pengajian media atau ‘media studies’ di universiti itu harus dilihat semula,” katanya.

Johan yang juga bekas pengerusi Media Prima Sdn Bhd berkata, syarikat media arus perdana perlu menyusun strategi bagi menghadapi persaingan dengan media sosial yang lebih menguasai pengaruh pengiklanan dan penyampaian maklumat.

Tambahnya, model perniagaan yang diguna pakai ketika ini dilihat tidak lagi sesuai dengan keperluan semasa. Johan berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Media Kebangsaan anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama Taylor’s University di sini pagi tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya dan Dr. Latiffah Pawanteh, Ketua Pengajian Media dan Komunikasi Taylor’s University serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

News

Is digitalisation killing journalism? Industry veterans weigh in at National Media Forum

Yiswaree Palansamy,Malay Mail 13 hours ago 

SUBANG JAYA, Sept 25 — Will the era of digitalisation spell the end of mainstream print media? Media pundits and academics today engaged in a debate where they seemed to concur but pointed out the need for media literacy among the public, especially on the importance of journalism.

Malay Mail’s editor-in-chief Datuk Wong Sai Wan said currently there is no viable economic formula on ways to pay for journalism without having to endure great losses, especially with the younger audience preferring news aggregators.

“Journalism, as in traditional media, be it TV, be it newspaper, be it radio, has always been subsiding the cost of content.

“Journalism is an expensive and addictive habit that doesn’t pay. Media is something else. Media is your entertainment. It is attention-grabbing, they are distractions.

“Those kinds of things augur well with your age group, the advertising agencies and they are willing to pay for your short goldfish-span attention,” Wong told college students at Taylor’s University here, at the 2019 National Media Forum.

The veteran journalist said all efforts to keep the journalism industry afloat in Malaysia simply haven’t worked.

He concluded that digitalisation is the only way forward, adding that it has helped Malay Mail save cost by 60 per cent, after ending its newspaper publication last year.

Despite that, he lamented that cost still continues to be a setback in the management of the company’s current news platform.

Astro Awani’s deputy editor-in-chief Kamarul Bahrin Haron also expressed similar views as Wong, noting, however, that media companies can still make a change by creating a better, learned society, as journalism a crucial part of a democratic nation.

“If we only look at what technology needs, if we only look at what’s popular to get more numbers on digital media, who will then think about making this life better?

“Who thinks about what’s the point of working for 48 hours in the last election, which is a historical moment by any company, globally, for Malaysia?” the senior broadcast journalist, who often hosts talk shows, asked.

University of Nottingham’s Prof Zaharom Naim, however, begged to differ, saying that the advent of technology should not be blamed for the dismal financial state of media companies that deal with journalism.

“Thirty years on, this morning, it seems to me, I have this feeling that the faith in new technology, while supposedly threatening to the press, nonetheless, technology would bring about change.

“You see, I think, we must understand the context. Between the 1960s and the 1990s, it was about control and we don’t seem to appreciate how that control has essentially screwed up the whole media system in Malaysia,” a no-holds-barred Zaharom told the audience.

Zaharom said that media companies did little to earn their readers’ trust to continue buying its publications. “There are three aspects to all those developments. One of them is a trust issue. We talk about people not buying newspapers, because of technology.

“We must not forget that people don’t buy newspapers because they don’t believe what is said anymore. For a long time, this happened because of the credibility of those newspapers,” he said, pointing to Utusan Malaysia as a “propaganda rag”, which has been used for political purposes for a prolonged period of time.

He pointed out that the loss of trust simply cannot be earned overnight, and it is something that cannot be blamed on digitalisation entirely, but the media companies themselves.

Zaharom also called for media literacy programmes to educate the masses on the role of journalism.

“Media literacy is important. Media education is important. That is the core to making people understand what the media and journalism can really play in a country like Malaysia,” he added.

The media forum today was titled ‘The 4.0 Industry: Journalism Across Various Platforms’, and organised by the Malaysian Press Institute (MPI) in collaboration with Taylor’s University.

Business models of media organisations must change – Johan

Last update: 25/09/2019

KUALA LUMPUR, Sept 25 — The business models of the local media companies must change and their outlook be more holistic and inclusive, said National Journalist Award recipient, Tan Sri Johan Jaafar.

He said they should therefore look at themselves as more than just providing news, but to relook at the way they operated and derived their income

“Probably news do not sell the way they used to. Not via a newspaper or on TV. There are many platforms where news can be accessed.

“Perhaps the newspaper companies must not fight social media platforms but use them to their advantage. Media companies of course have been utilising social media as a marketing and promotional channel.”

He said this in his keynote address titled, ‘Rebooting the Media Industry: Present and Future Challenges’ at the National Media Forum 2019 held at Taylor’s University in Subang Jaya, near here.

“Media practitioners should believe that technology is an enabler for better journalism and must also accept the fact that eventually it is the journalists and editors that are behind the news that matter.

“Journalism is being hollowed out by massive structural shifts, readers’ preferences, latest trends and the cost of the newspaper business.

“After all this is an era of Industry 4.0. The New Industrial Revolution is taking place and it is changing almost everything….not just the way we communicate but also the way we live,” he said.

At the same time, he said, it was also important to relook at the media studies curriculum in all universities.

“The old curriculum sucks, and sucks spectacularly. We must revamp the entire media scholarship, not looking at journalism from the prism of the old school but incorporating all the other relevant disciplines.

“Journalism schools must be re-assessed, students must be reminded of the new realities of the media business and operations, and the entire discipline of news gathering, processing and disseminating,” he added.

— BERNAMA