Forum Media “Rumah Pintar, Rumah Selamat” anjuran Allianz Malaysia Berhad dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) pada 9 Mei 2019 di Aloft Hotel, KL Sentral baru-baru ini telah membuka mata media mengenai pentingnya peranan mereka dalam membantu meningkatkan kesedaran mencegah kebakaran di kalangan masyarakat.
Pelbagai maklumat dan statistik terkini telah dikongsi dan disampaikan oleh ahli-ahli panel yang pakar dalam bidang keselamatan dan kebakaran, hartanah dan perumahan serta insuran. Tiga tajuk dibentangkan iaitu “Berhabis untuk Membeli Sebuah Rumah Impian” disampaikan oleh Dato’ Soam Heng Choon, Pengerusi, Real Estate and Housing Developers Association (REHDA), tajuk kedua “Penyelesaian – Insuran Kediaman@Smart Home Cover” oleh Encik Horst Habbig, Ketua Pegawai Pemasaran, Allianz General Insurance Company Malaysia Berhad dan tajuk ketiga “Sejauh Manakah Tahap Kesedaran dan Keselamatan mengenai Kebakaran di Malaysia?” oleh Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dalam ucapan aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, En Zakri Khir tidak lupa menyarankan peranan dan usaha media perlu dilipatgandakan dalam mendidik masyarakat memandangkan kes kebakaran yang masih tinggi berbanding tahap kesedaran mereka mengenai keselamatan rumah, kebakaran dan kepentingan insuran yang masih rendah.
Seramai 40 wartawan dari pelbagai media arus perdana dan portal atas talian telah menyertai forum ini yang kemudiannya dijamu dengan hidangan majlis berbuka puasa.
FOTO SEKITAR FORUM :

En. Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad (kiri), Datuk Dr. Chamil Wariya , Ketua Pegawai Eksekutif MPI (tengah) dan Datuk Abdul Jalil Ali , Penasihat Editorial Sinar Harian (kanan) berbual santai sebelum forum bermula.

Ahli panel pertama, YBhg. Dato’ Ir Soam Heng Choon, Presiden, Real Estate & Housing Developer’s Association (REHDA) menyampaikan pembentangan bertajuk “Berhabis untuk Membeli Sebuah Rumah Impian”.

En. Horst Habbig, Ketua Pegawai Pemasaran, Allianz General Insurance Company (M) Berhad menyampaikan pembentangan bertajuk “Penyelesaian – Insuran Kediaman@Smart Home Cover”.

YBhg. Datuk Dr. Chamil, En. Zakri Khir, YBhg. Dato’ Ir. Soam Heng Choon dan En. Horst Habbig merakam kenangan bersama YAS Dato’ Mohammad Hamdan Hj. Wahid (dua dari kiri), Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ahli panel yang dinantikan media, YAS Dato’ Mohammad Hamdan Hj. Wahid, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyampaikan pembentangan bertajuk “Sejauh Manakah Tahap Kesedaran dan Keselamatan mengenai Kebakaran di Malaysia?”