Kursus
GT BANTU PESERTA MEMAHAMI LAPORAN KEWANGAN LEBIH MENDALAM

GT BANTU PESERTA MEMAHAMI LAPORAN KEWANGAN LEBIH MENDALAM

Kursus “Understanding The Financial Statements” anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Grant Thornton (GT) Malaysia telah diadakan di bilik latihan Grant Thornton Sheraton Imperial Court, KL.

Program ½ hari ini telah dihadiri seramai 15 orang peserta dari pelbagai latar belakang media antaranya BERNAMA, TV Al-Hijrah, Dagang News, The Star, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Nanyang Siang Pau dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Ms Silvia Tan, tenaga pengajar bagi kursus tersebut merupakan Rakan Kongsi Pengurusan Risiko dan Kualiti Grant Thornton Malaysia selain bertanggungjawab untuk pembangunan dan operasi sistem pengurusan kualiti Firma GT.

Beliau yang juga ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA), Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan Ahli Fellow Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) adalah seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang audit.

Pengetahuan penceramah kepada subjek juga memberi peranan yang sangat penting supaya kehadiran peserta dan pulang dengan pengetahuan yang baharu. Sedikit sebanyak peserta mengakui kursus ini membantu mereka memahami lebih lanjut mengenai ilmu asas penyata kewangan yang dapat digunakan dalam pelaporan mereka. Walaubagaimanapun, cadangan pada masa akan datang agar penceramah boleh memisahkan fakta daripada fiksyen yang mana untuk membolehkan peserta memahami dengan lebih baik penilaian kewangan laporan tahunan sesebuah syarikat tersebut, penyata kewangan terkini daripada syarikat yang tersenarai dalam bursa saham Malaysia boleh dijadikan sebagai kajian kes dan latihan pengiraan praktikal dalam analisis juga boleh ditekankan.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR KURSUS

Para peserta sedang fokus kepada topik yang diajar
Penceramah cuba menerangankan dengan teliti berkenaan topik kepada peserta
Ms Silvia ketika menjawab pertanyaan daripada salah seorang peserta
Sesi foto peserta bersama penceramah setelah tamat kursus.