HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia 2015 (HKM 2015) telah dibuka.

Sebanyak 19 kategori yang dipertandingkan, termasuk penambahan 5 kategori, iaitu kategori Infografik Terbaik, Desain Halaman Pertama Terbaik, Laporan Portal Berita Terbaik, Laporan Radio Terbaik, dan Kartun Editorial Terbaik.

Tarikh tutup bagi bahan-bahan kewartawanan yang diterbitkan/disiarkan antara 1 Jan 2015 hingga 31 Disember 2015 ialah pada 15 Februari 2016. Sila pastikan bahan-bahan dihantar mengikut jadual ditetapkan bagi memudahkan kerja-kerja penghakiman.

Mohon para karyawan yang berminat menyemak syarat penyertaan sebelum menghantar penyertaan.

Sila tekan pautan dibawah untuk melihat atau muat turun :

Borang penyertaan

Borang penyertaan Tokoh Wartawan Negara & Anugerah Juri Khas

Syarat-syarat dan peraturan penyertaan

Karya calon pemenang HKM 2014