Featured
KATEGORI KEWARTAWANAN MULTIMEDIA TERBAIK GANTI KATEGORI LAPORAN PORTAL BERITA TERBAIK

KATEGORI KEWARTAWANAN MULTIMEDIA TERBAIK GANTI KATEGORI LAPORAN PORTAL BERITA TERBAIK

KENYATAAN MEDIA

TERKINI : Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan pada 17 Januari 2020

24 September 2019, Cyberjaya – Hadiah Kewartawanan Malaysia 2019 (HKM 2019) yang dipertaruhkan bagi edisi penganjurannya kali ke-39 sejak diperkenalkan pada tahun 1980, memperbaharui dan memperketatkan lagi syarat-syarat penyertaan yang perlu dipatuhi oleh para pengamal media yang ingin menyertainya.

HKM 2019 mula dibuka penyertaannya pada 25 September 2019 dan 20 kategori dipertandingkan untuk mengiktiraf karya-karya terbaik yang telah disiar dan diterbitkan sepanjang tahun 2019.

Menurut Eksekutif Anugerah Media MPI, Salman Husni Abdollah, “pihak MPI telah melakukan beberapa pindaan termasuk menamakan Kategori Kewartawanan Multimedia Terbaik yang dahulunya dikenali sebagai Kategori Laporan Portal Berita Terbaik. Kategori ini memerlukan setiap peserta mengetengahkan tiga (3) kriteria wajib yang diperlukan iaitu karya asli yang diterbitkan dalam portal berita sahaja, mengandungi elemen multimedia dan bersifat interaktif”.

“Para peserta juga diminta meneliti, memahami dan mematuhi setiap syarat-syarat penyertaan yang dinyatakan oleh pihak MPI.” tambah Salman.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2019 pada 17 Januari 2020 dan sebarang penyertaan yang lewat dikemukakan kepada MPI tidak akan dilayan.

Yuran penyertaan sebanyak RM 100 bagi ahli MPI dan RM 200 bagi yang bukan ahli.

Untuk keterangan lanjut, sila klik pautan di bawah:

Majlis penyampaian anugerah kepada para pemenang HKM 2019 dijangka berlangsung awal April 2020 pada Malam Wartawan Malaysia.

Malaysian Press Institute (MPI) selaku penganjur dan PETRONAS adalah penaja utama hadiah kepada para pemenang sejak 1990.