ANUGERAH
PENYERTAAN HKM 2020 DIBUKA!

PENYERTAAN HKM 2020 DIBUKA!

* Tarikh tutup penyertaan terkini : 26 Februari 2021

Bagi meneruskan kesinambungan dalam memberi pengiktirafan tertinggi pada karya-karya kewartawanan negara, kini Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI Petronas memasuki edisi ke-40 bagi tahun 2020.

Edisi tahun ini memperlihatkan pengurangan dua kategori dari 20 ke 18 kategori yang dipertandingkan. Dua kategori yang tidak dipertaruhkan adalah Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang dan Kartun Editorial Terbaik.

HKM 2020 mula dibuka penyertaan pada 16 November 2020 dan karya-karya yang disiar dan diterbit sepanjang tahun 2020 layak menyertai.

Tarikh tutup penyertaan HKM 2020 dilanjutkan pada 26 Februari 2021 dan sebarang penyertaan yang lewat dikemukakan tidak akan dilayan.

Penyertaan boleh dihantar secara emel dan bahan karya boleh dimuatkan pada storan awan seperti Google Drive, OneDrive, atau Dropbox, bagi pihak kami untuk muat turun.

Yuran penyertaan sebanyak RM 100 bagi ahli MPI dan RM 200 bagi yang bukan ahli.

Ahli MPI yang tergantung keahliannya juga dikenakan bayaran RM 200 bagi satu penyertaan.

Klik pada pautan berikut untuk dilihat atau dimuat turun :

Majlis Malam Wartawan Malaysia 2021 dijangka diadakan pada bulan Jun 2021 di Kuala Lumpur.