Kursus
HORMATI DAN FAHAMI HAK PERLEMBAGAAN, ELAK CETUS KONFLIK

HORMATI DAN FAHAMI HAK PERLEMBAGAAN, ELAK CETUS KONFLIK

Disediakan oleh : Nur Ramizah Abdul Aziz

Kursus Perlembagaan yang diadakan pada 23 dan 24 Ogos yang lalu berjaya menarik minat 65 orang peserta mengikutinya setelah kali terakhir penganjurannya diadakan pada 2018 secara khusus buat peserta Zamalah Wartawan Malaysia.

Diadakan secara hibrid dari Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, lapan (8) orang peserta telah hadir secara fizikal manakala 57 peserta lagi mengikutinya secara atas talian melalui Google Meet.

Wartawan Semenanjung, Sabah dan Sarawak hadir antaranya TV Sarawak, JAPEN, Sinar Karangkraf, BERNAMA, The Star, Majlis Agama Islam Perak, FINAS dan DBP.

Kursus dua hari ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz yang merupakan Pakar Perundangan Perlembagaan juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Terbukti perkongsian kajian kes yang pernah beliau kendalikan juga beberapa isu-isu semasa yang berkaitan dengan perlembagaan membantu meningkatkan minat dan pemahaman para peserta dengan asakan soalan yang bertubi-tubi.

Ilmu dan pengalaman penceramah dalam memberikan perincian dan menjawab setiap soalan para peserta dengan baik memberikan impak positif kepada para peserta untuk memahami setiap kes yang dibincangkan.

Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pengamal media untuk memahami sistem perlembagaan dengan mantap dan sahih bagi mengelakkan timbulnya konflik dalam masyarakat menerusi laporan berita yang dihasilkan dan disiarkan.

Rangkuman Gambar-gambar

Sesi kursus hari pertama bersama penceramah, YBhg. Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pakar Perundangan Perlembangaan juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sesi perbincangan dan perkongsian oleh penceramah bersama peserta fizikal dan atas talian.
Sebahagian daripada 57 orang peserta atas talian yang mengikuti kursus.
Para peserta fizikal dan atas talian bergambar kenangan pada hari terakhir kursus. Terima kasih semua!