Jadual baharu program Latihan MPI ketika Fasa 1 PKP 3.0

KENYATAAN MEDIA

3 Jun, Cyberjaya – Susulan pengumuman Kerajaan melaksanakan TOTAL LOCKDOWN bagi Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan 30 berkuatkuasa 1 Jun hingga 14 Jun 2021, MPI memutuskan untuk menutup operasi di premisnya sepanjang tempoh tersebut.

Pengurus Latihan MPI, Puan Norhafiza Kamaludin berkata, langkah ini diambil untuk menjamin keselamatan kesihatan kakiangannya serta menyokong dan membantu usaha Kerajaan untuk mengawal kenaikan mendadak kes harian Covid-19 ini.

Berikutan itu, program latihan yang dirancang bagi bulan Jun dan Julai 2021, telah disusun semula.

Tarikh-tarikh baharu kursus-kursus MPI adalah seperti berikut:

  1. Kursus Media & Undang-Undang, 23 – 24 Jun
  2. Kursus Digital Public Relations, 12 – 13 Julai
  3. Bengkel Penulisan Media Berkesan, 22 – 23 Julai
  4. Kursus Creative Digital Media (Marketing), 26 – 27 Julai

Norhafiza memberitahu keempat-empat kursus tersebut akan dilaksanakan secara atas talian sepenuh secara Google Meet.

Mereka yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus tersebut, boleh mengajukan pertanyaan lanjut kepada unit Latihan MPI menerusi emel di trainingmpi2945@gmail.com.

Tarikh dikeluarkan : 3 Jun 2021