Jasa Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal dikenang
Salam takziah Malaysian Press Institute (MPI) kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mustapa Kamal, pengasas pemaju hartanah Emkay yang antara lain membangunkan Radius Business Park Cyberjaya di mana MPI beroperasi.
Sewaktu MPI membeli tiga unit ruang pejabat di Cyberjaya, Allahyarham menawarkan diskaun sehingga 30 peratus dan meraikan Lembaga Pemegang Amanah dalam satu majlis makan tengah hari di pejabat beliau di Damansara Perdana. Hidangan hari itu disediakan oleh isterinya sendiri.
Beliau memberitahu diskaun istimewa diberikan terhadap pembelian MPI bagi membolehkan MPI terus mengadakan latihan membangunkan modal insan kewartawanan. Kata beliau ”inilah caranya saya dapat membalas jasa para wartawan dan organisasi media yang selama ini menyokong perniagaan saya dari segi publisiti.”
Semoga kebaikan Allahyarham semasa hayatnya akan terus menjana kebaikan di dunia abadi. Alfatihah dibaca. Amin amin amin.
Petikan asal : https://www.facebook.com/100062645790985/posts/pfbid0CmL95uMKsfyzu8wFDU5qKn82cE2kTb9yrydMjRrCgdCbbrVBTPGbZwpFbJQgHQvkl