Jika berminat, buku ini boleh dibeli di Shopee
Setelah tertangguh beberapa bulan, buku terbaharu terbitan Malaysian Press Institute (MPI) berjudul Bisnes Media & Prinsip Jurnalistik ini akhirnya siap dicetak pada minggu pertama 2022.
Buku yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Malam Wartawan Malaysia 2021 pada 30 November tahun lalu ini boleh dibeli di Shopee.
Buku Bisnes Media & Prinsip Jurnalistik merupakan koleksi esei karangan Chamil Wariya antara 2018 hingga 2021 mengenai isu-isu semasa media dan kewartawanan di Malaysia dan juga di luar negara.
Kalangan yang berminat juga boleh layari kedai Shopee MPI atau menghubungi MPI pada nombor ini: 603 8689 2717. Sila membuat pesanan dengan Encik Yusof Saharin atau Puan Nur Afiqah Rahmat.
Pembelian terus akan ditawarkan harga diskaun yang menarik.
Di pasaran buku setebal 350 muka surat (termasuk halaman preliminari) dijual pada harga RM50.
Potongan RM15 diberi kepada mereka yang membeli terus dengan MPI.