Kursus
KAJI SEMULA PENULISAN, PASTIKAN AYAT MUDAH DIBACA & MINIMUMKAN KESILAPAN

KAJI SEMULA PENULISAN, PASTIKAN AYAT MUDAH DIBACA & MINIMUMKAN KESILAPAN

Bengkel Latihan Penulisan Profesional: Kualiti Karya Bertenaga telah berlangsung dengan jayanya pada 5 – 6 Disember 2022 bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.

Bengkel yang dikendalikan oleh pakar penulisan profesional, Dr. G. Manimaran telah dihadiri oleh 13 peserta dari pelbagai organisasi antaranya Sinar Karangkraf, PETRONAS, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Lembaga Tabung Haji, RichWorks International, Majlis Ugama Islam Pahang dan NSTP.

Para peserta didedahkan dengan prinsip asas dan teori penulisan serta analisis khalayak. Tenaga pengajar, Dr. G. Manimaran banyak berkongsi tips dan contoh-contoh ayat yang bersesuaian untuk penulisan, terutamanya penulisan yang disediakan untuk hebahan umum.

Latihan praktikal secara individu dan berkumpulan diberikan bagi memperlihatkan pemahaman mereka mengenai penulisan profesional yang telah dikongsi oleh penceramah kursus.

Elemen-elemen dan tips-tips daripada penceramah telah dipraktikkan oleh setiap peserta dalam merangka penulisan mereka mengikut topik yang dipilih. Hasil penulisan tersebut telah dibentangkan dan dibincangkan bersama tenaga pengajar bagi mengetahui apa yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan gaya penulisan lebih menarik. 

Dr.G.Manimaran, sebagai penceramah kursus berkongsi mengenai penulisan professional
Dari kanan : Fadzli (SPNB) memberi tumpuan sepenuh terhadap perkongsian yang diberikan oleh penceramah
Latifah (NSTP) dan Mukmin (Majlis Ugama Islam Pahang) sedang merangka penulisan mengikut topik yang dipilih semasa sesi latihan praktikal
Gambar atas dan bawah: NurulFatiha (Sinar Karangkraf), Fadzli dan Mahani (NSTP) antara peserta yang membentangkan hasil kerja mereka
Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah Dr. G Manimaran pada akhir kursus