Kursus
KEKALKAN KELESTARIAN SUMBER DAN STRATEGI UNTUK PEMBANGUNAN ORGANISASI MAMPAN

KEKALKAN KELESTARIAN SUMBER DAN STRATEGI UNTUK PEMBANGUNAN ORGANISASI MAMPAN

Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Velesto Energy Berhad (VELESTO) telah menganjurkan satu kursus bertajuk Sustainability in Malaysia: Approaching & Writing on Sustainability.

Kursus sehari dilaksanakan pada 23 November 2021 melalui Google Meet telah dihadiri oleh 15 orang peserta terdiri daripada pengamal media & pengamal komunikasi korporat (bekas media).

Kursus yang bertujuan untuk membantu wartawan dalam meningkatkan penulisan mengenai topik Sustainability di samping membantu dalam mewujudkan kesedaran di kalangan pengamal media panduan mengenai apa yang diharapkan dalam artikel / penulisan mereka.

Sesi pagi kursus telah dimulakan oleh Encik Joshua Rayan, Pengarah Urusan JR Communications Malaysia. Beliau telah berkongsi konsep kelestarian yang patut diketengahkan oleh organisasi bagi membentuk kebersamaan dan kepentingan masyarakat.

Menurut beliau, sesuatu organisasi perlu untuk mengekalkan sumbangan kepada masyarakat sebagai contoh menyalurkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang membawa kepada kelestarian bidang pendidikan.

Bagi Encik Joshua, media amat berperanan sebagai penyumbang cerita untuk sesebuah organisasi untuk memanjangkan manfaat kepada masyarakat melalui program-program sumber dan strategi lestari yang dibangunkan.

Sesi petang pula disempurnakan oleh Encik Edey Suresh, Pengarah UN Global Compact Network Malaysia & Brunei yang lebih menumpukan kepada penyertaan agensi perbankan dan korporat dalam mengimbangi kelestarian bukan sahaja dari segi persekitaran, malah menjurus kepada pembangunan masyarakat.

Banyak perkongsian berkaitan sustainability atau kelestarian ini yang telah disampaikan oleh kedua-dua penceramah jemputan dari Velesto dan peserta juga tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan-soalan serta berbincang mengenai konsep dan strategi organisasi masing-masing.

Para peserta juga menyatakan mereka telah memperoleh perkongsian yang bermanfaat melalui penganjuran kursus seumpama ini dan berharap kursus ini dapat dijalankan secara fizikal pula.

RANGKUMAN GAMBAR-GAMBAR

Sesi pagi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden Velesto Energy Berhad, Encik Rohaizad Darus.

Encik Joshua Rayan, Pengarah Urusan JR Communications berkongsi berkenaan topik kursus.
Sesi petang bersambung dengan slot bersama Encik Edey Suresh, Pengarah UNGCNMYB.
Sesi grup foto bersama peserta dan penceramah sejurus kursus tamat. Terima kasih semua !