Kemeriahan Malam Anugerah Media Kesihatan Malaysia 2014

Malam Anugerah Media Kesihatan Malaysia 2014 berlangsung meriah di Hotel Cititel, Mid-Valley di Kuala Lumpur pada 11 November 2014.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia itu bertujuan untuk mengiktiraf karya-karya kewartawanan cemerlang yang telah dihasilkan oleh akhbar, majalah, televisyen dan radio sepanjang 2013.

Hadiah kepada para pemenang anugerah telah disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Farida Mohd Ali, pengarang-pengarang kanan media, para wartawan dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis yang berlangsung itu adalah kali kelapan berturut-turut anjuran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia diperkenalkan pada 2007 dan merupakan satu-satunya media anjuran agensi kerajaan yang bertahan hingga kini. Dari segi penyertaan antara 2011 hingga 2014, penyertaan meningkat sebanyak 45.45 peratus daripada 105 kepada 224.

1. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyampaikan ucapan menzahirkan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan mereka menjelaskan isu-isu berkait kesihatan dan perubatan.

2. Chamil selaku Ketua Panel Juri, menerangkan bahawa pemilihan para pemenang dilakukan secara profesional oleh para hakim yang terdiri daripada wartawan veteran, ahli akademik dalam bidang kewartawanan dan para doktor pakar Kementerian Kesihatan.

3. Para pemenang bergambar kenangan dengan Datuk Seri S. Subramaniam selepas menerima hadiah masing-masing.

4. Chamil (kanan) berbual dengan Setiausaha Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia, Sivakumar Krishnan, yang berjanji untuk mempromosi anugerah dalam kalangan wartawan akhbar Tamil. Penyertaan wartawan berbahasa Tamil dalam anugerah 2014 adalah mengecewakan.

5. Antara tokoh wartawan yang hadir: Datuk Mustapa Omar, Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Hanim Muhili (penyampai berita TV1), Kieran (DJ Radio Hotfam), Datuk Farida Mohd Ali (Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia), Datuk Chamil Wariya (Ketua Pegawai Eksekutif MPI) dan Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan Berita Harian.

6. Chamil (berbaju merah, duduk) bergambar kenangan dengan tenaga belakang tabir dari Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bekerja keras menjayakan Anugerah Media Kesihatan 2014. Sebelah kanan Chamil ialah pengarah bahagian itu, Haji Jabbar Ahmad.

7. Chamil (berbaju merah kanan) berbual mesra dengan tiga orang wartawan Astro Awani yang dipilih sebagai pemenang bagi kategori kewartawanan TV. Mereka ialah dari kiri: Cynthia Ng May Ling (pemenang kedua) dan Khairunnisa Kasnoon (bertudung) dan Abdul Hakim Abdul Rahman, pemenang bersama bagi tempat pertama.