Kenyalang Shell Press Award 2014: Ulasan Panel Hakim

Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya selaku Pengerusi Panel Hakim Kenyalang Shell Press Award 2014 (KSPA) yang disampaikan pada Malam Kenyalang Shell Press Award 2014 di Miri Sarawak pada 28 November 2014. Laporan ini disampaikan bagi pihak Chamil oleh Dr. Jeniri Amir, salah seorang penal hakim KSPA 2014.

Pengenalan

Pertama-tama, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur Kenyalang Shell Press Award (KSPA) 2014 kerana memberi peluang kepada saya bagi mewakili anggota-anggota panel hakim yang lain, untuk menyampaikan sedikit ulasan mengenai karya-karya kewartawanan yang telah dinilai dalam anugerah ini.

Tahniah kepada Persekutuan Wartawan Sarawak, Shell Malaysia dan Kerajaan Negeri atas penganjuran KSPA 2014 pada malam ini.

Apa yang saya zahirkan di sini adalah rumusan, maklum balas dan komen yang diterima daripada setiap penal hakim bagi setiap kategori mengikut bahasa bagi KPSA 2014.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa setiap karya dan tulisan yang menyertai anugerah ini telah dinilai secara profesional, dengan penuh tanggungjajwab. Sepanjang yang saya tahu para hakim juga telah mengambil sikap objektif, tanpa sebarang prasangksa dan bias, bersandarkan kriteria tertentu.

Antara aspek yang diberi tumpuan sewaktu penilaian termasuklah:

  • Kesesuaian pemilihan topik dan kandungan serta impaknya ke atas khalayak;
  • Kualiti penyelidikan sama ada penyelidikan yang dilakukan meluas dan mendalam, atau sekadar dangkal dan sambil lalu;
  • Kekuatan penghujahan dan dalil yang digunakan untuk mendokong isu yang diperkatakan;
  • Gaya bahasa iaitu penggunaan pelbagai elemen retorikal untuk memikat khalayak;
  • Penceritaan dan kesan keseluruhan setelah karya itu dibaca atau ditonton dalam kes kewartawanan televisyen.

Sekiranya karya-karya itu sarat dengan elemen-elemen tersebut, maka pemarkahan yang tinggi akan diberikan; begitulah sebaliknya.

Prestasi KPAS 2014: Bilangan penyertaan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, anugerah ini menerima penyertaan daripada media cetak (meliputi empat bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Iban); media elektronik iaitu kewartawanan televisyen dan fotografi.

Semua sekali sekretariat penghakiman menerima 288 penyertaan bagi KSPA 2014.

Pecahan penyertaan adalah seperti berikut:

NO. CATEGORY BM BI BC IBAN TV PHOTO
1. Journalism Award 14 21 36
2. News Reporting Award 20 15 28 12
3. Sports Reporting Award 5 6 11
4. Photography Award 39
5. Broadcast Journalism 6
6. Environmental Journalism Award 6 10 7 4
7. Health News Reporting Award 8 8 12 2
8. Business/Economics Reporting 6 3 7 2
TOTAL 59 63 101 12 14 39

Berbanding KSPA 2013, bilangan penyertaan bagi KSPA 2014 menurun sebanyak 67 penyertaan. Tahun lalu, 355 penyertaan diterima, berbanding 288 bagi 2014.

Bagi kategori Bahasa Malaysia, jumlah penyertaan tidak begitu menggalakkan khususnya bagi kategori sukan, kesihatan, perniagaan, ekonomi serta alam sekitar.

59 penyertaan diterima bagi Bahasa Malaysia, berbanding 63 Bahasa Inggeris, 101 penyertaan bagi Bahasa Cina dan 12 penyertaan untuk Bahasa Iban.

Sukar untuk mengenal pasti punca kemerosotan penyertaan itu. Barangkali benar apa yang diamati oleh seorang hakim bahawa penurunan penyertaan bagi kewartawanan dalam Bahasa Malaysia barangkali mencerminkan minat dan pengetahuan wartawan dalam bidang-bidang tertentu dalam kategori itu.

Atau apakah setelah sekian lama dianjurkan, kita tidak boleh terlalu mengharapkan penyertaan yang senantiasa meningkat setiap tahun, tetapi yang patut diutamakan adalah kualiti penulisan dan karya? Hal ini kerana salah satu matlamat utama anugerah seperti KSPA ini adalah untuk menggalakkan persaingan dengan harapan untuk meningkatkan mutu penulisan dan karya kewartawanan.

Kualiti penulisan:

Bahasa Malaysia

Panel Hakim bagi Bahasa Malaysia dapat mengesan terdapat jurang yang besar dari segi kualiti penulisan antara karya-karya kewartawanan yang bermutu tinggi dengan yang bermutu rendah dalam penyertaan bagi kategori itu. Tulisan-tulisan bermutu tinggi yang menjuarai kategori yang disertai dihasilkan dengan melakukan penyelidikan yang mendalam dan serius. Penyelidikan yang baik memungkinkan wartawan menggarap sesuatu isu dengan menyeluruh dan mendalam. Hakikat ini tercemin dalam data, fakta dan maklumat penting yang disajikan dalam tulisan. Sayugia dinyatakan – kecuali dalam kalangan sebilangan kecil wartawan yang berupaya mengekalkan piawai tinggi berkarya, pada amnya, penyertaan-penyertaan lain dalam Bahasa Malaysia adalah tidak begitu mengalakkan dari segi inisiatif dan pengolahan. Bagi kategori Bahasa Malaysia mutu penulisan dan pemilihan dalam bidang-bidang sukan, kesihatan, perniagaan dan ekonomi adalah masih lemah. Pemilihan topik masih menyentuh isu konvensional dan biasa. Tidak dapat kepelbagaian isu atau topik dalam bidang-bidang yang khusus itu.

Bahasa Inggeris

Panel Hakim bagi Bahasa Inggeris pula membuat pengamatan berikut:

Overall, the submissions, as in recent years, are of high standard. It again goes to show how seriously the publications, their editors and journalists care for their writings and especially in their selection of articles for consideration for this award. The range, depth and style of writing are admirable. It is fun to read many of the articles as they are full of interesting and lively information and it also goes to show the level of painstaking research and collation of material that has gone into writing these pieces to make them come out in so lively a fashion. Above all the publications have not forgotten one single goal and that is to keep the interest of the readers and many articles are really superb and do just that.

Bahasa Cina

Panel Hakim Bahasa Cina juga berpuas hati dengan penyertaan bagi kategori itu yang mencatat bilangan tertinggi sebanyak 101 berbanding bagi kategori tiga bahasa yang lain. Bilangan ini membayangkan bahawa dalam kalangan wartawan media berbahasa Cina, minat terhadap KSPA 2014 kekal membara, walaupun anugerah ini sudah berusia lebih 20 tahun. Para wartawan akhbar Cina tetap berlumba-lumba untuk menyertai anugerah ini. Karya-karya yang dihasilkan juga bermutu, digarap melalui penyelidikan yang rapi dan teliti dari segi mendapatkan fakta serta sarat dengan maklumat yang bermanfaat untuk pembaca. Yang tidak kurang penting sebahagian besar karya-karya dalam bahasa Cina itu ditulis dengan gaya yang menarik, menggunakan bahasa yang mudah untuk memastikan khalayak terpikat dengan berita dan rencana yang ditulis. Sebahagian besar berita dan rencana yang menyertai anugerah ini memperlihatkan kepakaran sang wartawan dalam isu-isu yang diperkatakan. Dalam kalangan yang menduduki tiga tempat teratas, mereka menghasilkan karya dengan informasi yang berwibawa; susunan penyampaian yang baik, memilih topik. dan sub-topik yang tepat

Bahasa Iban

Bagi KSPA 2014, kategori Bahasa Iban menerima 12 penyertaan daripada tiga organisasi media iaitu Utusan Sarawak, Harian Borneo dan Utusan Borneo. Panel hakim berpendapat:

There is general improvement on the quality of reporting carried out by the reporters/journalists compared to last year. There is also improvement in the use of Iban Language, especially their compliance with the proper Iban spelling system. However, most of the entries submitted were not based on original research as some of them were being translated from articles published in either English or Bahasa Malaysia. Ideally reporters should submit entries based on their own research. As a whole, articles submitted are very useful and of interest to their readers, especially the Iban communities.

Kewartawanan TV

Kewartawanan televisyen kekal menjadi persaingan sengit dua stesen TV utama negara ini iaitu RTM dan TV3. Penyertaan yang dikemukakan untuk kategori kewartawanan siaran dinilai menepati kualiti tinggi yang diingini. Tetapi bagi kategori alam sekitar, kesihatan dan ekonomi, wartawan TV kena lebih peka dengan bidang-bidang yang dimaksudkan. Pengetahuan mereka mengenai tiga bidang yang khusus itu tidaklah begitu mendalam, menyebabkan laporan yang dihasilkan superfisial dan maklumat-maklumat pokok berkait kesihatan, alam sekitar dan ekonomi disentuh secara sambil lalu sahaja. Misalnya bagi kategori alam sekitar, ada antara penyertaan sebenarnya lebih mirip sebagai bahan pelancongan. Bagi kategori ekonomi dan perniagaan pula adalah kalanya sebagai satu laporan umum; tidak banyak fakta berasaskan kuantifikasi dikemukakan untuk mendokong penghujahan.

Fotografi

Dari segi kuantiti, kategori fotografi menerima 39 penyertaan. Angka ini adalah amat memberangsangkan.Bagaimanapun panel hakim menilai bahawa sebahagian besar foto-foto yang dihantar untuk menyertai masih lagi berada tahap yang kurang memuaskan. Dari 39 foto itu, hanya tiga yang dianggap memuaskan dari segi komposisi, kandungan, impak visual dan nilai berita. Ketiga-tiganya telah dinobatkan sebagai pemenang. Foto-foto lain dinailai tidak mantap dari segi komposisi, kandungan dan impak visual; nilai berita foto-foto itu pula kurang diyakini. MPI akan memuat naik tiga gambar yang menang ke halaman web MPI setelah para pemenang diumumkan. Harap para jurugambar di bumi Kenyalang, sekiranya mereka ingin memenangi anugerah ini pada masa-masa akan datang, mendapat inspirasi daripada tiga foto itu.

Penambahbaikan bidang-bidang: Cadangan-candangan panel hakim

Berdasarkan komen, maklum balas panel hakim, cadangan-cadangan berikut dirumuskan untuk penambahbaikan KPSA pada masa akan datang.

  1. Mengadakan bengkel mengenai pemberitaan perniagaan, ekonomi, kesihatan terutama untuk wartawan berbahasa Malaysia yang ketara lemah pengetahuan dan minat mereka dalam bidang-bidang itu. Untuk memenuhi hasrat ini satu bengkel khas penulisan ekonomi dan perniagaan telah diadakan oleh Malaysian Press Institute di Kuching pada 29 September 2014. Apa yang dilakukan itu adalah permulaan yang baik. Saya harap lebih banyak bengkel dan kursus jangka pendek seumpama itu meliputi bidang-bidang yang lain boleh dianjurkan pada masa-masa akan datang berkait dengan sukan, kesihatan, kepenggunaan serta lain-lain bidang yang spesifik. Barangkali di sini Shell boleh memainkan peranan dengan menyediakan penajaan.
  2. Panel Hakim juga ingin mencadangkan organisasi berita di Sarawak memperkenalkan kewartawanan khusus dalam bidang-bidang yang popular seperti perniagaan dan ekonomi, sukan, hiburan. Maksudnya di sini ialah organisasi media itu mewujudkan meja-meja yang khusus seperti ekonomi dan perniagaan, sukan, alam sekitar.
  3. Mengundang tokoh-tokoh wartawan untuk memberi ceramah motivasi bagaimana wartawan muda Sarawak berupaya muncul sebagai wartawan cemerlang dan hebat kepada para wartawan di organisasi media di Sarawak.
  4. Mengadakan bengkel untuk mendedahkan tentang bagaimana hendak memenangi SKPA dan anugerah-anugerah kewartawanan lain yang terdapat di negara ini. Para editor dan wartawan perlu diberi kesedaran betapa pentingnya untuk menyertai anugerah ini dalam upaya untuk meningkatkan penyertaan dan kualiti penulisan rencana dan pelapaoran berita. Jika tidak, dibimbangi bahawa jumlah dan mutu penyertaan tidak akan meningkat pada tahun-tahun akan datang. Sukacita dimaklumkan untuk mencapai hasrat itu, MPI telah pun mendayausahakan penganjuran bengkel meningkatkan mutu karya kewartawanan pada 24 dan 25 November 2014 di Kuching. Para penceramah terdiri daripada panel hakim KPSA dan juga pemenang pelbagai anugerah yang dikendalikan oleh MPI.
  5. Mempercepatkan penganjuran KPSA ini pada suku kedua setiap tahun iaitu sebelum pertengahan tahun dan bukannya pada penghujung tahun seperti yang diamalkan sekarang. Bagi maksud merealisasikan hasrat itu, penyertaan untuk SKPA hendaklah dibuka pada 1 Januari sehingga hujung Mac tahun berkenaan. Majlis itu pula diadakan pada Mei atau Jun.
  6. Untuk membantu meningkatkan penyertaan, MPI selaku sekretariat penghakiman, dicadangkan mengadakan pertemuan dengan para editor media di Sarawak pada awal tahun depan dan menghebahkan pembukaan penyertaan lebih awal, diikuti dengan beberapa peringatan selepas itu.
  7. Menambah bilangan hakim yang terdiri daripada ahli akademik/wartawan veteran anak negeri Sarawak atau yang berpangkalan di Kuching. Selain Dr. Jeniri Amir, pensyarah komunikasi dan bekas ketua pengarang Utusan Sarawak, Profesor Madya Dr. Mus Chairil Samani, pensyarah kewartawanan UNIMAS, yang sudahpun bertindak sebagai anggota panel hakim, MPI mengenal pasti nama-nama berikut untuk dilantik sebagai hakim bagi anugerah tahun-tahun akan datang:
    • Datuk Seri Azman Ujang, bekas ketua pengarang agensi berita nasional Bernama,
    • Openg Onn, bekas wartawanan kanan Bernama;
    • Malia Taibi, Ketua Jabatan Komunikasi UNIMAS, juga pernah menjadi wartawan dengan akhbar Borneo Post;
    • S Rajah, bekas editor Borneo Post;
    • James Ritchie, bekas wartawan New Straits Times.

Sekian. Terima kasih.