KKLW tawar 10 biasiswa untuk wartawan sambung pelajaran peringkat Sarjana dan PhD

Malam Media Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 2016 berlangsung meriah pada 25 November 2016 bertempat di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Mereka yang hadir sebahagian besarnya wartawan, pegawai-pegawai kanan KKLW dan agensi di bawahnya masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.

Mereka pulang membawa hamper, pelbagai barangan elektrik, computer riba termasuk gajet telefon pintar terkini berupa telefon Samsung dan Iphone yang merupakan hadiah utama cabutan bertuah pada malam tersebut.

Menterinya memberitahu bahawa pihaknya menyediakan gajet terbaharu untuk membantu wartawan dalam pengumpulan bahan berita untuk disampaikan kepada pembaca melalui pelbagai platform termasuklah alam maya.

Hadiah-hadiah ditaja oleh agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pada malam tersebut, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan tawaran tajaan biasiswa MARA kepada 10 pengamal media yang berhasrat menyambung pelajaran pada peringkat Sarjana dan PhD.

kklw-1

  1. (kiri atas) Menteri ketika menyampaikan ucapannya dan (kanan) antara bos-bos media yang hadir pada Malam Media KKLW 2016

Hadir meraikan malam tersebut ialah bos-bos media antaranya Datuk Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan; Datuk Jalil Hamid, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP; Datuk Mohd Noordin Abbas, Pengarang Urusan Kumpulan Utusan; Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan Berita Harian dan Datuk Seri Mohd Ashraff Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian TV & Radio Media Prima Bhd.

Para hadirin turut dihiburkan oleh dua orang penyanyi terkenal iaitu Dafi dan Amelina.

Amelina menyampaikan lagu dangdut sambil mengusik dan mengajak dua tetamu bergelek bersama sambil menyanyikan lagu Perawan atau Janda di pentas utama. Aksi spontan dua tetamu tersebut menerima pelawaan tersebut mendapat sorakan penuh daripada para tetamu yang lain.

Turut diberi penghargaan para pemenang Anugerah Media KKLW 2016 bagi tiga kategori yang dipertandingkan.

kklw-2

  1. Pemenang kategori foto dan media cetak menerima hadiah masing-masing daripada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
kklw-3

  1. Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagai kategori media elektronik.

Malam media bertambah meriah dengan pertandingan nyanyian wartawan yang dihakimi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya dimenangi oleh Rafizi (TV3), diikuti tempat kedua Yuyu (TV3), Acap tempat ketiga (Malaysia Gazette) dan Hashim Anang (Kumpulan Media Karangkraf) di tempat keempat.

KKLW menobatkan Aziz (RTM) dan Fariha Onn (TV3) sebagai pemenang pakaian terbaik mengikut tema, masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai RM500 seorang.