Kursus
KKMM – MPI- AADK kolaborasi anjur Bengkel Penulisan AntiDadah

KKMM – MPI- AADK kolaborasi anjur Bengkel Penulisan AntiDadah

Bertepatan dengan pemilihan #komunitikitatanggungjawabkita, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan kempen perangi dadah habis-habisan yang giat dijalankan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagi tujuan tersebut, Bengkel Penulisan AntiDadah anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Malaysian Press Institute (MPI) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diadakan khusus mensasarkan kepada penyertaan dalam kalangan wartawan tempatan.

Selari dengan fungsi wartawan itu sendiri, mereka boleh mempengaruhi masyarakat menerusi pelaporan berkait dadah dalam usaha mewujudkan kesedaran di setiap lapisan masyarakat dan institusi. Pengamal media juga dilihat secara tidak langsung membantu mengekang penagihan serta pengedaran dadah dalam Negara.

Gabungan penceramah mewakili sektor masing-masing membantu para peserta memahami trend terkini berkaitan dadah yang dapat digunapakai dalam penyediaan laporan masing-masing.

Mewakili AADK, Dr. Sabri bin Zainuddin Zainol Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Encik Ali Imran bin Mohd. Noordin, Pegawai Berita BERNAMA dan YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bertindak sebagai penceramah mengikut tajuk yang telah diberikan.

Seramai 24 orang wartawan mengikuti bengkel sehari ini yang telah berlangsung di Dewan Cendikiawan, IPPTAR pada 16 Julai yang lalu.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

1. YBrs. Tuan Haji Mohammad Diah bin Haji Wahari, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merasmikan bengkel penulisan antidadah bersama pengamal media.
2. YDH CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK dalam ucapannya menyeru agar pengamal media membantu pihak AADK mencapai hasrat perangi dadah habis-habisan.
3. Wartawan-wartawan bertanyakan beberapa soalan mengenai isu terkini dadah kepada YDH CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah.
4. YBhg. Dr. Sabri bin Zainuddin Zainol, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) AADK dengan ceramah Penagihan Dadah: Isu dan Cabaran Masa Kini.
5. Encik Ali Imran bin Mohd. Noordin, Pegawai Berita BERNAMA dengan ceramahnya bertajuk Kaedah Penulisan Berita dan Artikel Antidadah
6. YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta / Perundangan / Tahanan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
7. Perbincangan meja bulat bersama Dr. Sabri bin Zainuddin Zainol dan YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat bersama para peserta mengakhiri bengkel.
8. Para peserta bergambar kenangan selepas kursus tamat.