Kursus
KOMUNIKASI MAIN PERANAN PENTING DALAM KEPIMPINAN

KOMUNIKASI MAIN PERANAN PENTING DALAM KEPIMPINAN

Jika kita menjadi seorang pemimpin atau ketua, amat penting untuk kita terapkan komunikasi yang efektif dan kondusif terhadap kakitangan yang bekerja bersama-sama kita, selain membentuk hubungan baik antara ketua dan staf.

Demikian antara topik yang dibincangkan dalam sesi kursus Inclusive Leadership: How to Empower Diverse Teams at Work yang telah dikendalikan oleh Pakar Komunikasi dan Pendidikan, Dr Shahreen Mat Nayan. Kursus satu hari yang dijalankan pada 17 Ogos lalu berjaya menambah ilmu baharu berkaitan kepimpinan kepada 6 orang peserta yang kesemuanya bertindak sebagai ketua di unit masing-masing.

Dr. Shahreen yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang komunikasi dan kepimpinan telah berkongsi banyak tips dan kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan sumber kepada ilmu kepimpinan yang baik kepada para peserta.

Para peserta juga tidak melepaskan peluang berkongsi pelbagai perkara berkaitan pengurusan kakitangan dan membincangkan teknik-teknik yang proaktif untuk mempastikan perjalanan operasi kerja berjalan lancar. Komunikasi dua hala antara tenaga pengajar dan peserta bersifat interaktif dan bersifat lebih terbuka dalam membincangkan tentang pelbagai permasalahan yang timbul dalam organisasi masing-masing.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Dr. Shahreen memberi penerangan kepada peserta di awal kursus.
Bersemangat! Para peserta kursus mendengar penerangan daripada penceramah.
Sesi pembentangan oleh peserta.
Selesai! Para peserta bergambar kenangan bersama penceramah di akhir kursus. Terima kasih semua!