MPI release
Kunjungan DRB-Hicom ke MPI

Kunjungan DRB-Hicom ke MPI

Kami di MPI gembira atas kesudian Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Encik Mahmood Razak Bahman dan Penolong Pengurus Komunikasi Strategiknya, Nik Haizan Nik Zambri mengadakan kunjungan ke premis MPI di Cyberjaya dua hari sebelum berpuasa.

DRB-HICOM adalah penaja setia Malam Wartawan Malaysia (MWM) anjuran MPI sejak banyak tahun. Bagi MWM 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Jun 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur syarikat korporat itu mengikrarkan sumbangan RM40K.

Kata beliau dengan menyokong penganjuran MWM ia juga satu cara untuk syarikatnya menghargai para pengamal media.

Selain itu beliau juga membayangkan ada ole-ole istimewa yang akan dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir pada MWM2023 nanti. Terima kasih Encik Mahmood yang juga mantan seorang wartawan dan penyampai berita TV terkenal. Beliau pernah berkhidmat dengan ntv7 dan Astro Awani.