MPI release
KUNJUNGAN MPI KE PEJABAT PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

KUNJUNGAN MPI KE PEJABAT PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

29 November 2024, Kuala Lumpur – Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan kunjungan ke pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang terletak di Plaza Sentral, Kuala Lumpur. Objektif sesi rundingan ini adalah bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperluas program latihan dari segi pengukuhan aspek penulisan, pelaporan, dan pendokumentasian.

Tim perwakilan Malaysian Press Institute yang diketuai oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Haji Ainol Amriz Ismail turut disertai oleh Sekretariat MPI. Kehadiran yang disambut mesra oleh Head Employee Experience Department PUNB, Puan Samsuhaili Samsudin, Manager Performance Management & Employee Development Unit PUNB, Encik Mohd Khairi Aziz, serta beberapa staf PUNB yang lain.

Dalam pertemuan ini, perbincangan berkenaan pelaksanaan program latihan bagi kakitangan dan usahawan PUNB diusulkan, selain memperincikan usaha pendokumentasian yang lebih sistematik. MPI percaya kerjasama yang terjalin ini mampu mengukuhkan kompetensi dalam kalangan peserta dan membawa manfaat jangka panjang kepada organisasi.

Kolaborasi ini juga diharapkan agar dapat memperkasakan kemahiran penulisan profesional serta meningkatkan kualiti dokumentasi dalam pengurusan usahawan dan pembangunan tenaga kerja di masa akan datang.

Puan Samsuhaili (tengah) ketika mempengerusikan pertemuan.
Delegasi MPI bergambar kenangan bersama tim PUNB selepas pertemuan selesai.