Kursus Asas Kewartawanan MPI – rakaman gambar-gambar
Kursus asas kewartawanan anjuran Malaysian Press Institute (MPI) khusus untuk pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Malaysia berlangsung selama lima hari pada 18 hingga 22 Mac 2018.
15 peserta mengikuti program yang berlangsung di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di Angkasapuri Kuala Lumpur itu.
Sepanjang mengikuti kursus tersebut para peserta telah didedahkan dengan selok belok kewartawanan meliputi penulisan berita, penulisan rencana, media dan undang-undang, memahami Perlembagaan Persekutuan dan tiga kuasa negara, kewartawanan multimedia dan fotografi.
Perunding kewartawanan, Datuk Baharom Mahusin bertindak sebagai moderator dan pengajar utama kursus asas kewartawanan tersebut.
Turut memberi ceramah ialah Profesor Madya Dr. Jeniri Amir (Universiti Malaysia Sarawak), Profesor Madya. Shamrahayu A. Aziz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof. Datuk Salleh Buang (UTM / Kolumnis, NST), Encik Mohd. Hazli Hassan (Sibermedia Sdn. Bhd) dan Encik Zainal Halim (Malaysian Insight).