Kursus
Kursus Berhadapan Kamera Sarawak Metro kendalian MPI Berjaya

Kursus Berhadapan Kamera Sarawak Metro kendalian MPI Berjaya

Apabila dicalonkan untuk mengikuti kursus Facing The Camera kendalian Malaysian Press Institute (MPI) ini pada 6 dan 7 Disember 2021, ada antara peserta Sarawak Metro Sdn Bhd tertanya tanya apakah relevennya program ini kepada mereka?

Hal ini kerana mereka mempunyai latar belakang teknikal dari segi kerjaya dan tidak nampak keperluan mereka untuk menghadiri kursus dua hari itu.

Bagaimanapun selepas dua hari ,mengikuti dan mempelajari kemahiran selok belok untuk berhadapan dengan kamera sekiranya mereka menjadi jurucakap syarikat, mereka bukan sahaja berpuas hati dengan apa yang telah dipelajari tetapi berpendapat tempoh 2 hari pembelajaran yang dilalui mereka adalah tidak mencukupi.

Antara lain mereka mencadangkan sesi temu ramah one on one dan latihan menjawab soalan watawan secara sistematik dipanjangkan bagi membolehkan mereka menguasai teknik menjawab soalan wartawan televisyen secara berkesan.

Mereka percaya keupayaan menjawab pertanyaan wartawan TV dengan baik akan membantu mereka menyampaikan mesej kepada khalayak melalui wartawan dengan cara yang meyakinkan.

Mereka juga meminta agar sesi praktikal berhadapan dengan kamera dilakukan berulang kali agar kemahiran atau skil tersebut diperoleh.

Seorang peserta berpendapat kekuatan kursus ini adalah rakaman video dan tontonan semula serta komen oleh perceramah yang dilakukan serta merta.

Seorang lagi peserta menyatakan pengajaran oleh penceramah disampaikan dengan cara yang mudah dan mudah difahami serta latihan praktikal dilakukan dengan amat baik sekali.

Inilah rumusan maklum balas yang dikemukakan oleh 12 peserta yang terdiri daripada ketua-ketua pelbagai jabatan di Sarawak Metro kepada MPI.

Turut hadir untuk kursus ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd, Ts. Encik Mazli Mustaffa. 

Sarawak Metro Sdn Bhd ialah sebuah anak syarikat Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) yang bertanggungjawab membina perkhidmatan Automated Rail Transit (ART) dibawah projek Kuching Urban Transportation System (KUTS).

Dalam ucapan penutup Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd, Ts. Encik Mazli Mustaffa mengucapkan terima kasih keada kepada MPI atas inisiatif MPI membawa peralatan serta kamera yang menjadikan lokasi kursus diadakan sama seperti berada di  dalam sebuah studio televisyen.

Kursus Facing The Camera ini telah dikendalikan oleh Yusanani Yushak.

Para peserta tekun mendengar komentar latihan praktikal oleh pembimbing kursus, Yusanani Yushak
Yusanani (kiri) menemuramah Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Encik Ts Mazli Mustaffa pada sesi latihan praktikal Facing the Camera pada 7 Disember 2021.
Sesi one on one dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Encik Ts. Mazli Mustaffa.
Sesi bergambar berkumpulan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Encik Ts. Mazli Mustaffa, Yusanani Yushak selaku pembimbing kursus serta para peserta Kursus Berhadapan Kamera Sarawak Metro.