Kursus
KURSUS INFOGRAFIK MEMPERKASA KEMAHIRAN VISUAL

KURSUS INFOGRAFIK MEMPERKASA KEMAHIRAN VISUAL

Malaysian Press Institute (MPI) menutup tirai kursus tahun 2021 dengan penganjuran program Infographic Training Workshop: Power up Your Presentation with Infographic selama dua hari berturut-turut pada 15 dan 16 Disember 2021 secara bersemuka di Pulse Grande Hotel Putrajaya.

Seramai 22 orang pengamal komunikasi korporat daripada pelbagai organisasi telah mengikuti kursus yang terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Tourism Malaysia, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), UDA Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, NREB Sarawak dan DRB-Hicom Holdings Berhad.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada visual grafik dengan cara yang lebih cepat dan jelas dengan menggunakan teknik grafik, jenis huruf dan pilihan warna yang tepat.

Pada hari pertama kursus, para peserta telah diajar bagaimana untuk membuat lakaran grafik daripada artikel. Setelah lakaran siap peserta memindahkannya kepada bentuk grafik yang mudah difahami. Pada hari kedua pula, para peserta diminta menyiapkan latihan individu & berkumpulan yang diberikan kepada mereka demi untuk melihat keberkesanan kursus ini.

Daripada kursus ini, rata-rata peserta berpendapat bahawa hasil perkongsian yang diberikan oleh penceramah sangat berkesan dan padat dengan maklumat sehingga ada antara peserta berharap agar kursus ini dijalankan lebih daripada dua hari.  

Pihak penganjur sangat berterima kasih atas setiap komen yang diberikan oleh para peserta dan akan mempertimbangkannya demi kebaikan kursus pada masa hadapan.

1. Sesi perkongsian daripada penceramah hebat, Mr Tung Eng Hwa tentang Infografik kepada para peserta.
2. Mr Tung membantu para peserta daripada UDA Holdings, Tourism, MIDA dan NREB Sarawak mencari idea untuk membuat lakaran grafik.
3. Para peserta sedang membuat pemilihan artikel untuk membuat lakaran.
4. Encik Abdul Malek peserta daripada JAPEN menerangkan tentang lakaran yang dibuat kepada ahli kumpulan yang lain.
5. Pembentangan daripada salah satu kumpulan; bentuk visual grafik yang telah dipindahkan daripada lakaran.
6. Sesi perbincangan para peserta bersama Mr Tung untuk meminta pendapat berkenaan dengan rekabentuk grafik yang dicipta oleh mereka.
7. Para peserta sedang menyiapkan tugasan individu yang diberi.
8. Antara hasil grafik yang dihasilkan oleh para peserta kursus dan mendapat pujian penceramah.
9. Sesi bergambar para peserta kursus Infografik bersama penceramah kursus iaitu Mr Tung Eng Hwa.