Kursus
KURSUS INFOGRAFIK TUTUP TIRAI LATIHAN MPI 2022

KURSUS INFOGRAFIK TUTUP TIRAI LATIHAN MPI 2022

Kursus Infographic Training Workshop menutup tirai program latihan anjuran MPI bagi tahun 2022.  

Seramai 17 orang peserta telah menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Encik Tung Eng Hwa, Pengarang Eksekutif, Desain Kandungan The Star.

Bengkel selama dua hari bermula pada 14 hingga 15 Disember lalu memberi garis panduan kepada para peserta mengubah teks dan data kepada satu bentuk grafik yang ringkas sebagai platform penyampaian fakta kepada audiens.

Tung menjelaskan penyampaian berita dan maklumat dalam kaedah visual grafik membolehkan maklumat-maklumat yang ingin disampaikan lebih cepat dan jelas disamping penggunaan teknik grafik, font dan pilihan warna yang tepat

Sepanjang kursus dilaksanakan, para peserta perlu menyiapkan latihan tugasan secara individu dan berkumpulan bagi melihat keberkesanan kursus ini. Para peserta diminta membuat lakaran grafik daripada artikel yang dipilih di dalam suratkhabar dan kemudian memindahkan lakaran tersebut kepada sebuah bentuk grafik.

Penggunaan aplikasi seperti Canva dan Adobe turut membantu peserta semasa sesi latihan praktikal dijalankan. Aplikasi tersebut membolehkan peserta mencari idea-idea baharu serta mempraktikkan teknik-teknik yang dikongsi bagi menghasilkan infografik yang terbaik. Setiap tugasan yang dihasilkan baik secara solo atau berkumpulan menerima komen terus daripada pengajar bagi tujuan penambahbaikan. Para peserta juga dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan yang boleh diperbaiki dalam penghasilan infografik yang mantap dalam tugasan masing-masing.

Mr Tung memulakan kelas dengan sesi suai kenal bersama para peserta
Gambar atas dan bawah: Para peserta serius membincangkan idea dalam menyediakan tugasan berkumpulan lakaran grafik pada hari pertama kursus
Para peserta kekal bersemangat mengikuti kursus pada hari kedua
Haikal (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) antara salah seorang peserta yang membentangkan hasil lakaran beliau
Mr Tung memberi penilaian dan maklumbalas hasil kerja salah seorang peserta