Kursus
KURSUS MEDIA SOSIAL UNTUK STAF KOMUNIKASI TNB

KURSUS MEDIA SOSIAL UNTUK STAF KOMUNIKASI TNB

Seramai 15 orang kakitangan Unit Komunikasi Dalaman & Komunikasi Transformasi dan Kepimpinan TNB telah menyertai kursus “Boost Your Online Group Awesomeness” pada 14 Disember 2023, bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.

Kursus satu hari ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media. Banyak perkongsian menarik telah disampaikan oleh beliau sepanjang kursus berlangsung.

Para peserta diberi pendedahan mengenai platform grup atas talian dan penggunaannya yang produktif dalam pengendalian komunikasi antara unit dengan khalayak. Para peserta turut didedahkan dengan aktiviti berkumpulan dan perbincangan santai bersama penceramah.

Walaupun konten kursus dimuatkan dalam satu hari, para peserta tetap mendapat sekian banyak ilmu dan berharap kursus seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Para peserta yang terdiri daripada kakitangan Unit Komunikasi Dalaman & Komunikasi Transformasi dan Kepimpinan TNB.
Aktiviti berkumpulan dan perbincangan.
Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan daripada penceramah
Sesi grup foto bersama penceramah, Encik Munir Anaam Zuljadan