Kursus MPI Secara Hibrid Sepanjang Tahun 2021

BERITA BAIK BUAT SEMUA PEMINAT PROGRAM ANJURAN MPI!

Malaysian Press Institute (MPI) akan menganjurkan kursus secara hibrid iaitu melalui kaedah bersemuka (fizikal) dan secara atas talian (maya) sepanjang tahun 2021.

Bagi kursus secara atas talian, mekanisma secara lintas langsung akan diguna pakai sepanjang kursus dijalankan. Penggunaan kamera akan digunakan untuk merakam setiap gerak geri penceramah dan juga peserta dari mana sahaja kursus berlangsung.

Semenjak negara dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun lepas, MPI telah mengambil langkah yang bijak dengan penganjuran dua kursus secara hibrid iaitu Infographic Training Workshop di Putrajaya dan Kursus Media & Undang-Undang di Kedah. Pada tahun ini, MPI akan meneruskan untuk mengadakan kursus menggunakan kaedah yang sama supaya peserta daripada zon merah turut berpeluang untuk menyertai kursus yang diadakan.

Setakat ini, kaedah ini diterima baik dan mendapat maklum balas positif daripada semua peserta fizikal dan atas talian dan berharap pihak MPI akan meneruskan lagi untuk kursus-kursus akan datang.

Menurut Pengurus Latihan MPI, Norhafiza Kamaludin, beliau mengalu-alukan penyertaan daripada peserta yang jauh untuk menyertai kursus ini secara atas talian.

“Pihak MPI tetap melaksanakan kursus secara fizikal dengan jumlah yang terhad bagi pematuhan SOP yang ketat. Pada masa yang sama, kita juga memberi peluang kepada para peserta yang tidak dapat hadir secara fizikal untuk mengikuti program yang sama secara maya” tambahnya lagi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar secara atas talian, diskaun 50% akan ditawarkan kepada anda. Peserta juga akan mendapat baucer percuma, buku terbitan MPI serta banyak lagi.  

Kursus MPI terbuka kepada semua pengamal media, pengamal bidang komunikasi korporat/perhubungan awam dan ahli akademik atau sesiapa sahaja yang ingin menambah ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang kewartawanan.

Kepada pengamal media, pengamal komunikasi korporat/perhubungan awam/ahli akademik yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi Unit Latihan MPI untuk mendapatkan brosur dan borang penyertaan.

Antara kursus menarik yang akan diadakan sepanjang tahun 2021 adalah seperti berikut:

  • Business Reporting Workshop, 29 – 30 September
  • Kursus Kewartawanan Digital & Multimedia, 9 – 11 Oktober
  • Bengkel Pengacaraan Majlis, 27 – 28 Oktober
  • Memahami Perjalanan Pilihanraya, 9 – 10 November
  • Infographic Training Workshop, 15 – 16 Disember

Sila daftar di sini!

Sila layari laman web dari masa ke semasa bagi sebarang maklumat terbaru dan sila rujuk kalendar kursus atau tekan pautan di bawah untuk sebarang maklumat lanjut.

Kalendar kursus 2021

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Puan Fiza / Cik Fiqah (Unit Latihan MPI)

TELEFON             :        03 – 8689 2717 / 2718 / 2719

EMAIL                  :       norhafiza_mpi@yahoo.com / trainingmpi2945@gmail.com