Kursus
Kursus Pertama MPI 2021 Secara Maya dapat sambutan baik

Kursus Pertama MPI 2021 Secara Maya dapat sambutan baik

Kursus pertama anjuran Malaysian Press Institute (MPI) bagi tahun 2021, Bengkel Penulisan Media Berkesan telah berlangsung dengan jayanya pada 9 – 10 Februari 2021.

Kursus secara maya ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal komunikasi korporat dan perhubungan awam dan telah dihadiri seramai 33 orang peserta terdiri daripada Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia, Pegawai Perhubungan Awam Kementerian serta Pengurus Komunikasi Korporat dari Bank Rakyat dan ICEP.

Berikutan virus COVID-19 masih belum reda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, MPI mengambil inisiatif untuk menjalankan kursus secara atas talian (online) menggunakan kaedah secara lintas langsung melalui aplikasi Google Meet dan Google Classroom.

Menurut Pengurus Latihan MPI, Puan Norhafiza Kamaludin berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para majikan yang sentiasa bekerjasama dalam menjayakan program-program latihan anjuran MPI sebelum ini.

“Saya berharap sambutan baik yang diterima ini dapat diteruskan lagi untuk kursus-kursus yang akan dianjurkan oleh MPI pada masa akan datang dan berharap agar kursus secara bersemuka dapat dilangsungkan dalam masa terdekat” katanya lagi.

Rata- rata peserta memberi respon positif dan berpendapat bahawa bengkel ini sangat berkesan oleh kerana teknik yang disampaikan oleh penceramah sangat mudah untuk diamalkan ke dalam tugas harian mereka di samping pengalaman penceramah yang sangat luar biasa.

Berikut dikongsikan komentar daripada beberapa peserta kursus:

  • Saya menunggu 8 tahun mencari kursus yang bersesuaian untuk teknik penulisan berita sebegini.  Akhirnya MPI telah membawakan topik yang bertepatan dengan apa yang saya cari.  Terima kasih MPI, urus setia dan penceramah. Penceramah yang bersahaja tetapi berpengalaman dalam menerangkan topik-topik yang diajar.  Topik yang sangat bagus dan menarik untuk PRO mempelajarinya. 
  • A good balance between theory and practical. Attendees were responsive and participative.
  • Good introduction for those who are not from Comms background or with less exposure / experience in the media industry
  • Kursus secara online yang agak mencabar dan menyukarkan sesi pembelajaran
  • Interaksi yang terhad kerana pembelajaran online bergantung sepenuhnya dengan kekuatan capaian internet
  • Mungkin keseluruhan kit untuk pembelajaran boleh dikongsikan sebelum kursus bermula
  • Lepas PKP boleh buat secara bersemuka supaya lebih berkesan
  • Thank you for sharing your knowledge; if possible can it be done in dwibahasa, I signed up because I was told the course will be in English, and I wanted to learn more on writing/reviewing/Press Conferences/crisis comms conducted in English. Understand the theory is similar to BM, but would be great if we could have the examples of both BM and English for theory, case studies and latihan. For Social Media portion, on top of IG, FB, YouTube, it would be also good to share trends about Twitter, TikTok, LinkedIn & Clubhouse too as comparison. Still, this was a good session, and I appreciate your good work and advise, thank you!
  • Cadangan untuk memanjangkan tempoh masa kursus kepada 3-4 hari supaya lebih banyak latihan amali, simulasi boleh dibuat sepanjang kursus berlangsung. 

Tambah Puan Norhafiza lagi, beliau mengambil maklum setiap komen yang positif dan negatif daripada setiap peserta dan akan mempertimbangkan setiap cadangan yang dibangkitkan oleh para peserta bagi kursus akan datang.

“Ini merupakan kursus pertama di era New Normal yang dibuat secara lintas langsung dan rakaman manakala peserta yang mengikuti bengkel secara virtual (maya) ini berada di pejabat dan di rumah masing-masing dan kita akui banyak kelemahan dan kekurangan yang tidak dijangka dan kita akan atasi pada masa akan datang bagi menyebarkan ilmu kepada para peserta” katanya lagi sebelum menutup kursus tersebut.

Bengkel selama dua hari ini dikendalikan oleh Encik Faizal Zakaria, pemenang Hadiah Kajai pada tahun 2004 dan dibantu oleh Puan Mariatul Qatiah Zakaria.

Penceramah, Encik Faizal Zakaria memberi tips Penulisan Media Berkesan kepada para peserta.
Puan Mariatul Qatiah Zakaria berkongsi pengalaman tentang “Influncer” untuk komunikasi strategik kepada peserta-peserta dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya berpeluang bersua secara maya bersama para peserta sambil memberi sedikit ucapan.
Pelaksanaan bengkel secara atas talian dan lintas langsung dilakukan dengan bantuan krew dan sekreteriat MPI.
Penceramah sedang menjawab soalan yang diajukan oleh peserta melalui “chatting box”.
Latihan demi latihan diberikan kepada peserta selama 2 hari berkursus.
Krew sedang merekod ketika simulasi “Press Conference” sambil penceramah dan peserta bertanyakan soalan olok-olok di salah satu aktiviti kursus.
Pembentangan latihan oleh salah seorang peserta kursus dari Jabatan Penerangan Malaysia secara atas talian.
Encik Faizal mengambil gambar bersama peserta atas talian pada akhir kursus.