KURSUS PILIHAN RAYA MALAYSIA BERSAMA SPR MENDAPAT SAMBUTAN

Kursus Pilihan Raya Malaysia anjuran bersama Malaysian Press Institute (MPI) dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapat sambutan menggalakkan dari pengamal media dan telah diadakan pada 23 Mac 2018. Kursus setengah hari yang berlangsung di Ruang Event Space, Shah Alam ini telah dihadiri oleh 32 orang pengamal media dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka yang terlibat adalah dari syarikat media penyiaran, percetakan dan juga digital seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), BERNAMA, Utusan Malaysia, KOSMO!, China Press, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily, Sinar Harian, The Edge, JustReadOnline/BacalahMalaysia dan Oriental Daily.

1. Seramai 32 orang peserta menyertai program ini.

Program dimulakan dengan slot bersama Tuan Azizan Md. Arshad, Penasihat Undang-Undang SPR dengan sedikit perincian berkenaan dengan undang-undang dan peraturan di dalam pilihan raya.

 

2. Perkongsian dari Tuan Azizan di dalam slot pertama.
3. Para peserta di dalam slot pertama
4. Encik Hasanul penuh semangat di dalam penerangannya mengenai proses pengundian.

Encik Hasanul dan beberapa orang sekretariat dari SPR juga turut menunjukkan simulasi perjalanan pembuangan undi. Para peserta juga turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam melakonkan situasi semasa proses pembuangan undi.

5. Encik Hasanul berinteraksi dengan salah seorang peserta.
6. Encik Hasanul memerhatikan peserta yang mencuba mengikat tali keselamatan dikotak undi.
7. Para peserta memberikan perhatian semasa slot bersama Encik Hasanul.