Kursus Yang Membuka Mata Pengamal Media
Buat julung kalinya Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) telah menganjurkan kursus kepada pengamal media bertajuk “Workshop on Role of Media in Covering Violent Extremism (CVE) & Radicalization Leading to Terrorism”.
Kursus yang pertama kali dianjurkan ini telah diadakan di DoubleTree By Hilton Melaka pada 25 – 27 September 2018 dan telah dihadiri seramai 31 pengamal media, pensyarah dan juga pelajar dari media dan kewartawanan yang mewakili pelbagai agensi antaranya TV Alhijrah, The Malaysian Insight, Utusan Malaysia, The Sundaily, The Star, BERNAMA, Kosmo, Sinar Harian, Malaysia Gazette, The China Press, RTM, NSTP, TV3, USM & SEGI Universiti.
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk menerangkan secara terperinci mengenai peranan media menghadapi cabaran/peranan pemberitaan mengenai keganasan serta kesannya terhadap masyarakat
Sepanjang 2 hari setengah berkursus, para peserta telah diberi pendedahan mengenai keganasan, pengganas dan situasi semasa dalam Negara. Para peserta juga dapat maklumat yang relevant mengenai apa itu keganasan extremism dan radicalization dan statistik serta klip video yang menarik telah dikongsikan bagi memudahkan mereka apabila ditugaskan untuk membuat liputan berkenaan keganasan ekstrime kelak. Para peserta juga telah diberi penerangan berkenaan jenis-jenis bom dan dibawa ke sebuah kuari untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana bom diletup semasa sesi lawatan ke lapangan.
Rata-rata peserta berpendapat kursus ini banyak membuka mata mereka kerana ianya merupakan satu pendedahan baru kepada sesiapa yang tak pernah ambil peduli tentang topik ini sebelum ini. Salah seorang peserta berpendapat bahawa menghadiri bengkel ini seolah-olah terpanggil untuk berkongsi dengan rakan wartawan di pejabat yang tidak berpeluang menghadirinya kerana banyak tip kewartawanan dan naratif yang berguna yang boleh diaplikasikan dalam menulis laporan/menerbitkan dokumentari mengenai isu ini.
Di akhir kursus, para peserta menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Mr. Morgan J.O’Brien III, Press Attache’, U.S Embassy, Kuala Lumpur di Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Penyertaan.
Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar sepanjang kursus berlangsung: