LAPORAN BENGKEL PENULISAN MEDIA BERKESAN

Bengkel Penulisan Media Berkesan dianjurkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2017 di Holiday Villa Hotel & Conference Centre, Subang Jaya, Selangor.

Seramai 11 peserta mengikuti kursus ini iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Al Hijrah Media Corporation, Hicom Holdings Berhad, Puncak Niaga, KSK Group dan Maybank.

1. Peserta memperkenalkan diri
1. Peserta memperkenalkan diri
2. Pengajar memperkenalkan diri kepada 11 peserta kursus
2. Pengajar memperkenalkan diri kepada 11 peserta kursus

Kursus dua hari ini dikendalikan oleh Encik Faizal Zakaria, Editor Prosesan, Kosmo!.

Sesi dimulakan dengan sesi pengenalan mengenai Perhubungan Awam. Mereka diberi pendedahan, kefahaman dan perbezaan antara perhubungan awam, pengiklanan, kewartawanan dan pemasaran serta cabaran-cabarannya termasuklah perbezaan penulisan akademik, kreatif dan media.

3. Peserta mendengar penerangan dari Pengajar untuk sesi latihan
3. Peserta mendengar penerangan dari Pengajar untuk sesi latihan
4.Sesi Latihan
4. Sesi Latihan

Pada hari kedua pula, sebagai latihan para peserta dikehendaki menyediakan beberapa soalan padu untuk ditujukan kepada salah seorang peserta yang dilantik sebagai Ketua korporat untuk menjawab segala pertanyaan dan tenaga pengajar memberi komen kepada peserta tentang soalan yang diajukan.

Sebelum berakhirnya bengkel, pengajar melukis bentuk rangka dan menulis semua apa yang telah dipelajari dari hari pertama dan kedua untuk meneliti semula keberkesanan dari pengajaran kepada peserta.

5.Pengajar menyampaikan sijil kepada peserta dan sesi bergambar di akhir program.
5. Pengajar menyampaikan sijil kepada peserta dan sesi bergambar di akhir program.