Kursus
LAPORAN BERETIKA TERBIT WARTAWAN BERKUALITI

LAPORAN BERETIKA TERBIT WARTAWAN BERKUALITI

Untuk menepis persepsi negatif terhadap profesion kewartawanan, pengamal media bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat, menghayati dan mematuhi Kod Etika Kewartawanan selain menentusahkan sumber dan fakta yang diterima.

Bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya, lima orang wartawan muda daripada BERNAMA dan The STAR tamat mengikuti kursus “Ethical Reporting for Journalists” yang berlangsung pada 14 – 15 Jun lalu.

Kursus dua hari ini dikendalikan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain bersama Encik Govind Nair yang bertindak sebagai fasilitator kursus.

Bagi memenuhi keperluan kerjaya sebagai seorang pengamal media yang beretika dan bertanggungjawab, para peserta didedahkan dengan teknik-teknik menghasilkan laporan/artikel atau berita yang sahih untuk mengelakkan terbit sebarang spekulasi tidak sihat dalam kalangan pembaca.

Pelbagai kajian kes dan contoh pelaporan berita dijadikan sebagai topik perbincangan membantu para peserta memahami keperluan Kod Etika terutamanya dalam penerbitan dan pelaporan berita yang kini melalui transisi media baharu.

Para peserta turut mengakui kepakaran dan pengalaman tenaga pengajar memberikan mereka informasi bermakna yang sesuai dijadikan panduan dalam memantapkan penyediaan pelaporan masing-masing tanpa melangkaui Kod Etika Kewartawanan.

RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR

Datuk Mokhtar Hussain (kanan) dan Encik Govind Nair (kiri) memulakan ceramah pada hari pertama kursus.
Para peserta dari Star Media Group dan BERNAMA.
Datuk Mokhtar Hussain sedang memberi penerangan kepada para peserta.
Sesi perbincangan.
Kursus selesai. Para peserta bergambar dengan sijil masing-masing, bersama tenaga pengajar. Terima kasih semua!