Laporan penyertaan dan kualiti penulisan Anugerah Media Kesihatan 2013

Laporan  Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Chamil Wariya selaku Pengerusi Panel Hakim Anugerah Media Kesihatan Kementerian Kesihatan 2013, dibentangkan pada Malam Media Kementerian Kesihatan pada 30 Ogos 2013 jam 8 malam di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

PENGENALAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di atas penganjuran Malam Media Kementerian Kesihatan 2013, yang diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Media Kesihatan, Kementerian Kesihatan 2013. Ini adalah Anugerah Media Kesihatan edisi yang ketujuh  dan yang pertama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang baharu, Datuk Seri Dr. S.  Subramaniam yang mengambil alih teraju Kementerian Kesihatan Malaysia selepas PRU yang ke-13 pada Mei lalu.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri S. Subramaniam, bukan sahaja di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Kesihatan Malaysia, tetapi kerana memutuskan untuk meneruskan Anugerah Media Kesihatan ini. Tentulah menjadi harapan komuniti wartawan Malaysia, agar pengiktirafan terhadap karya-karya terbaik pelbagai produk kewartawanan berkait isu-isu kesihatan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Semoga selepas majlis pada malam ini berakhir, akan ada Anugerah Media Kesihatan edisi ke-8, edisi ke-9 dan seterusnya. Sesungguhnya penghargaan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengamal media senantiasa disanjung tinggi dan boleh dijadikan motivasi untuk mereka terus menghasilkan karya-karya berkait kesihatan yang bermutu tinggi.

PENYERTAAN TERUS MENINGKAT

Sejak Anugerah Media Kesihatan ini diperkenalkan tujuh  tahun yang lalu, anugerah ini senantiasa mengalami perkembangan yang memberangsangkan. Ia kini tegak gagah dalam kalendar aktiviti kewartawanan tanah air sebagai satu-satunya majlis yang senantiasa ditunggu oleh fraterniti kewartawanan Malaysia. Hakikat bahawa anugerah ini telah berlangsung selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan komitmen tinggi pihak Kementerian Kesihatan untuk mendorong persaingan sihat di kalangan wartawan bagi menghasilkan produk penulisan berkualiti tinggi.

Tidak kurang pentingnya, sepanjang tempoh itu, kesedaran para pengamal media untuk menyertai anugerah ini meningkat berkali ganda. Ini boleh dibuktikan berdasarkan penyertaan yang bertambah tahun demi tahun. Misalnya bagi 2011, bilangan penyertaan anugerah ini berjumlah 154, bagi 2012, penyertaannya meningkat kepada 169 dan bagi 2013, jumlah itu melepasi angka 200 atau lebih tepat lagi 205 penyertaan. Bilangan organisasi media yang menyertai juga bertambah.  Bagi Anugerah Media Kesihatan 2013, 32 organisasi media – cetak dan elektronik telah mengambil bahagian. Cuma penyertaan media baharu sahaja agak mengecewakan.

Bilangan penyertaan 2011-2013

2011 2012 2013
154 169 205

Penyertaan mengikut kategori dan organisasi

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – AKHBAR BAHASA MELAYU

Berita Harian

9

Sinar Harian

9

Kosmo!

5

Mingguan Malaysia

5

Bernama

3

Harian Metro

3

Utusan Malaysia

3

37

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – AKHBAR BAHASA INGGERIS

The Star

28

New Straits Times

12

40

 

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – AKHBAR BAHASA CINA

Sin Chew Daily

4

Guang Ming Daily

4

See Hua Daily News

2

The China Press

2

See Hua Daily News

2

14

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – AKHBAR BAHASA TAMIL

Malaysia Nanban

3

Tamil Nesan

2

Makkal Osai

2

7

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – TELEVISYEN

Astro Awani

8

NTV7

1

TV3

1

TV9

6

16

ANUGERAH PROGRAM KESIHATAN TERBAIK – RADIO

Bernama Radio24

5

5

ANUGERAH FOTO KESIHATAN TERBAIK

Sin Chew Daily

8

Berita Harian

2

Oriental Daily

2

The Star

2

Bernama

1

China Press

1

16

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – MAJALAH BAHASA MELAYU

Dewan Kosmik / DBP

5

iSihat

4

Jelita

4

Milenia Muslim /  MMP

4

Aniqah / MMP

1

18

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – MAJALAH BAHASA INGGERIS

Health Today

24

Urban Health

3

Health (OnlyHealth)

3

30

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – MAJALAH BAHASA CINA

Feminine

6

6

ANUGERAH KEWARTAWANAN KESIHATAN TERBAIK – MAJALAH BAHASA TAMIL

Nayanam

5

5

 ANUGERAH PROGRAM KESIHATAN TERBAIK – TELEVISYEN

TV9

4

4

ANUGERAH PROMO KESIHATAN TERBAIK (PCA) – RADIO

Bernama Radio24

4

Ikim.fm

3

7

JUMLAH PENYERTAAN                     205

Seperti 2012, Anugerah Media Kesihatan 2013 menawarkan  14 kategori untuk disertai oleh para wartawan tanah air. Ini meliputi empat bahasa – bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil  dan terbuka kepada kalangan yang bekerja di akhbar, majalah, radio, televisyen, media baharu serta satu kategori khusus untuk jurufoto.

Saya ingin melaporkan bahawa bagi 2013, penyertaan tertinggi diterima bagi kategori Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik – akhbar bahasa Inggeris yang berjumlah 40 penyertaan, diikuti oleh Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik – akhbar bahasa Melayu, 37; Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik – majalah bahasa Inggeris 30; Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik Bahasa Malaysia – majalah 18. Bagi kategori Kewartawanan TV, terdapat 16 penyertaan; juga bilangan yang sama untuk Anugerah Foto Kesihatan Terbaik.

Sekiranya bagi 2012, kita tidak menerima sebarang penyertaan daripada akhbar dan majalah berbahasa Tamil,  bagi 2013, kita menerima 7 penyertaan mewakili tiga akhbar Tamil – Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Makkal Osai. Kita juga menerima lima penyertaan bahasa Tamil bagi kategori majalah.

Cuma sedikit mengecewakan kerana tiada pengamal media baharu mengemukakan penyertaan bagi tahun 2013.

 KUALITI PENYERTAAN

Berdasarkan komen panel hakim sewaktu bermesyuarat untuk membuat keputusan memilih pemenang pada 7 Mei 2013, saya boleh merumuskan bahawa:

  • Pertama, secara keseluruhan, seiring dengan peningkatan kuantiti penyertaan, terdapat juga peningkatan dalam kualiti penulisan yang amat ketara, terutama di kalangan mereka yang terpilih sebagai tiga teratas. Tetapi diamati di sini bahawa masih terdapat ruang untuk menambah baik penulisan terutama dari segi penceritaan atau storytelling terutama di kalangan yang baru berjinak-jinak dengan isu-isu kesihatan. Bagaimanapun penyertaan bagi kategori promo kesihatan radio tidak begitu memuaskan.
  • Di kalangan  penal hakim ada berpendapat bahawa terdapat karya yang dihasilkan bukan sekadar memenuhi tahap pertama kewartawanan iaitu  memaklumatkan khalayak, tetapi juga berupaya diangkat ke tahap kedua dan ketiga itu bagi tujuan pembujukan dan seterusnya merangsang inspirasi khalayak tentang isu-isu yang diperkatakan. Dengan kata-kata lain tulisan yang mencapai tahap ini berupaya mempengaruhi audien untuk mengikut apa yang ditulis.
  • Ada hakim yang merumuskan bahawa dalam memperkatakan isu-isu kesihatan pilihan masing-masing,  para wartawan itu, dengan izin “provide solutions and indepth information” mengenai apa juga topik yang diperkatakan.
  • Dibantu oleh penyelidikan, pemerhatian dan penelitian yang mendalam terhadap topik pilihan, para wartawan itu telah menghasilkan karya-karya yang baik; ditulis pula dengan gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh orang biasa. Ini penting kerana jika tulisan tidak difahami, usaha para wartawan akan menjadi sia-sia.
  • Topik-topik yang dipilih juga pelbagai, tetapi pada umumnya mencerminkan isu-isu semasa berkaitan kesihatan sewaktu ia digarap. Ketepatan fakta dan maklumat yang mahu disampaikan juga disahkan betul oleh para doktor dan pakar perubatan dan kesihatan yang duduk dalam panel hakim.

 PENUTUP

Sebagai penutup sekali lagi saya ingin merakamkan setingg-tinggi  tahniah kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  khususnya kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam di atas penganjuran anugerah ini.  Saya juga  ingin merakamkan penghargaan kepada para panel hakim yang terdiri daripada para wartawanan berpengalaman, ahli-ahli akademi dalam bidang media dan para doktor kerana telah meluangkan waktu mereka untuk meneliti karya-karya yang menyertai Anugerah Media Kesihatan kali ini dalam batas waktu yang telah ditetapkan.

Kepada para pemenang yang bakal menerima hadiah masing-masing dan diumumkan sebentar lagi, tahniah di atas kejayaan anda. Saya percaya kemenangan anda itu akan menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya pada masa-masa akan datang.

Akhirnya saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada MPI untuk bertindak sebagai sekretariat penghakiman. Alhamdulillah amanah itu telah kami tunaikan sebaik mungkin.

Terima kasih.