LINDUNGI HAK KANAK-KANAK DALAM SETIAP PELAPORAN MEDIA
Satu sesi latihan telah diadakan khusus untuk pengamal media profesional, wartawan dan penyunting (editor) bagi meningkatkan kefahaman tentang hak kanak-kanak dan bagaimana hak-hak ini harus dihormati serta dilindungi dalam laporan media.
Latihan yang diadakan dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2024 di Pusat Latihan MPI di Cyberjaya dan dihadiri seramai 28 orang pengamal media dari Semenanjung Malaysia.
Latihan yang bertujuan untuk melengkapkan pengamal media profesional dengan pengetahuan dan kemahiran yang melibatkan kanak-kanak, memastikan hak kanak-kanak dijunjung dan dilindungi selaras dengan piawaian etika, rangka kerja perundangan antarabangsa dan domestik.
Sesi yang turut melibatkan aktiviti seperti kajian kes, perbincangan dan latihan amali telah dikendalikan oleh Dr. Farah Nini Dusuki merupakan Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia.
Rata-rata peserta menyatakan bahawa sesi latihan ini sangat berguna dan perlu diteruskan serta diperluaskan kepada organisasi dan pengamal media lain. Banyak pendedahan diberikan kepada media untuk lebih cakna terhadap hak kanak-kanak yang semakin dinafikan. Diakhir sesi diharap para peserta akan dapat melindungi hak, maruah dan privasi kanak-kanak serta berkhidmat untuk kepentingan awam.
Rakaman gambar-gambar: