MPI release
LUNCH ESCAPE MEDAN PERTEMUAN PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI

LUNCH ESCAPE MEDAN PERTEMUAN PENGAMAL PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI

Kuala Lumpur, 1 Disember 2022: Majlis Lunch Escape anjuran Petronas dengan kolaborasi Malaysian Press Institute (MPI) menjadi medan pertemuan pengamal perhubungan awam & komunikasi dikalangan  penaja Malam Wartawan Malaysia (MWM) telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur.

Majlis yang dihadiri  seramai 108 tetamu menampilkan Lars Voedisch dari PRecious Communications, Singapura sebagai penceramah dan personaliti TV, Nadia Azmi,  bertindak sebagai moderator.

Antara isu yang dikupaskan oleh Penceramah adalah mengenai Environment Social and Governance atau ESG dan dunia korporat, cabaran dan peranan pengamal perhubungan awam dan komunikasi.

Majlis yang julung kalinya diadakan ini adalah salah satu majlis penghargaan kepada penaja MWM yang sentiasa menyokong penganjuran MWM. Di samping itu, ianya bertujuan  mengeratkan hubungan serta mempertingkatkan rangkaian ekosistem di kalangan pengamal perhubungan awam & komunikasi melalui perkongsian pandangan, pemikiran dan pengalaman mengenai topik yang dibicarakan.

RANGKUMAN GAMBAR