MAJLIS PENGANUGERAHAN TOKOH WARTAWAN NEGARA 2014

Malaysian Press Institute telah menganjurkan majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2014 pada 10 September 2015 bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar, pada jam 2.30 petang.

Seramai 300 orang tetamu hadir meraikan bakal Tokoh Wartawan Negara 2014.

Majlis santai itu diserikan dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara, Hadiah Kewartawanan Malaysia 2014 diputuskan oleh Panel Pemilih yang dipengerusikan oleh Ybhg Profesor Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid.

Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara diberikan untuk mengiktiraf sumbangan, peranan dan jasa besar seorang wartawan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kerjaya kewartawanan.

Pada majlis tersebut, YBhg Datuk Ahmad Rejal Arbee telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 dan Allahyarham Zainon Ahmad sebagai Tokoh Wartawan Negara Posthumous.

Hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat dan penerima Tokoh Wartawan Negara menerima RM 30,000.00 masing-masing tajaan Petronas.

 

Berikut adalah rakaman sepanjang majlis berlangsung:

tokoh 15 (1)

Meja utama: YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya (lima dari kiri) berbual mesra dengan tetamu kehormat YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid sebelum acara bermula.

tokoh 15 (2)

Wartawan yang hadir membuat liputan menyaksikan detik bersejarah yang bakal tercatat dalam industri kewartawanan di Malaysia.

tokoh 15 (3)

Antara para tetamu yang hadir memberikan sokongan untuk meraikan Tokoh Wartawan Negara 2014.

 

tokoh 15 (4)Sahabat dan keluarga calon penerima Tokoh Wartawan Negara juga hadir memberikan sokongan.

 

tokoh 15 (5)Turut kelihatan, Puan Hasnah Abdullah (balu Allahyarham Zainon Ahmad), YBhg Datuk A. Kadir Jasin (Tokoh Wartawan Negara 2011), YBhg Tan Sri Zainuddin Maidin (Tokoh Wartawan Negara 2006) dan YBhg Profesor Mohd Safar Hasim(Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI).

 

tokoh 15 (6)Ketua Pegawai Eksekutif MPI, YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara, Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2014.

 

tokoh 15 (7)Pidato pengistiharan Tokoh Wartawan Negara disampaikan oleh YBhg Profesor Dato’ Sri Dr. Syed Arabi Idid, Pengerusi Panel Hakim Tokoh Wartawan Negara HKM 2014.

 

Wajah-wajah bakal penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara HKM MPI 2014 mendengar dengan tekun pidato yang disampaikan oleh Pengerusi Panel Hakim.

 

tokoh 15 (8)Calon penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara HKM MPI-Petronas 2014, YBhg Datuk Ahmad Rejal Arbee.

 

tokoh 15 (9)Puan Zalinda Zainon wakil penerima bagi pihak Allahyarham ayahandanya, Zainon Ahmad atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Non bagi Anugerah Tokoh Wartawan Negara Posthumous.

 

tokoh 15 (10)Para tetamu khusyuk mendengar pidato yang disampaikan oleh Pengerusi Panel Hakim Tokoh Wartawan Negara 2014.

 

tokoh 15 (11)Antara sahabat korporat yang hadir menjayakan majlis.

 

tokoh 15 (12)Penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara 2014, YBhg Datuk Ahmad Rejal Arbee menyampaikan ucapan penerimaan.

 

 

tokoh 15 (13)Puan Zalinda Zainon menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada MPI atas penganugerahan yang diberikan kepada ayahanda beliau, Allahyarham Zainon Ahmad sebagai Tokoh Wartawan Negara Posthumous.

 

tokoh 15 (14)Tetamu kehormat tekun mendengar ucapan penerimaan yang disampaikan oleh kedua-dua penerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara.

 

tokoh 15 (15)Tokoh Wartawan Negara bergambar bersama tetamu kehormat, YAB Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MPI, YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya dan Cik Liz Kamaruddin, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas.

 

tokoh 15 (16)YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam ucaptamanya menyatakan usaha MPI dalam menghargai wartawan-wartawan tempatan perlu diteruskan.

 

tokoh 15 (17)YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kompilasi buku-buku terbitan MPI yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, YBhg Datuk Dr. Chamil Wariya.

tokoh 15 (18)Tahniah kepada Puan Zalinda Zainon, wakil penerima Allahyarham Zainon Ahmad sebagai Tokoh Wartawan Negara Posthumous dan YBhg Datuk Ahmad Rejal Arbee yang dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014.