Majlis Penutup Zamalah 2014: Rakaman gambar-gambar

1. Mohd. Faizul Fazrik b. Kamarudin dan Juliana Sharin selaku pengacara majlis penutup Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia pada 16 Januari 2014 di Bilik Latihan MPI.

2. Cik Kenny Thomas (Jabatan Penerangan Sabah) mewakili rakan-rakan Zamalah berucap dengan penuh semangat.

3. Datuk Baharom Mahusin, Pengarang KOSMO! menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 di Bilik Latihan, MPI.

4. Antara para peserta pada majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 bersama tetamu. Dari kiri, Cik Zainab Mohd Yatim, wakil penyumbang dari Maybank Berhad, Dato’ Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif MPI dan Moderator Kursus, Puan Maimunah Abd Rashid.

5. Anugerah Peserta Lelaki Terbaik, Mohd Faizul Fazrik Kamarudin (Jabatan Penerangan Malaysia) bergambar bersama Datuk Baharom dan Dato’ Chamil pada majlis penutup Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.

6. Juliana Sharin menerima hadiah Anugerah Peserta Wanita Terbaik dari Datuk Baharom Mahusin sambil diperhatikan oleh Dato’ Chamil.

7. Kenny Thomas bergambar kenangan bersama Datuk Baharom dan Dato’ Chamil selepas menerima hadiah Anugerah Khas. 

8. Datuk Baharom Mahusin menyampaikan sijil penyertaan kepada Mohd Syukri Anwar (Dewan Bahasa dan Pustaka) yang juga membaca doa pada program tersebut.

9. Gambar berkumpulan selepas upacara penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014. Duduk dari kiri: Juliana Sharin (Media Prima Berhad), Asnifatheen binti Anuar (Jabatan Penyiaran Malaysia), Zainab Mohd Yatim Penolong Naib Presiden Komunikasi, Perhubungan Media & Penerbitan Hal Ehwal Korporat Maybank, Maimunah Abd Rashid Moderator Kursus, Datuk Baharom Mahusin Pengarang KOSMO!, Dato’ Chamil Wariya Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Taha Rusydi Mohd Nazri (Media Prima Berhad), Nur Asyikin Mayudin (Utusan Karya Sdn Bhd)

Berdiri dari kiri: Tharanya a/p Arumugam (New Straits Times Sdn Bhd), Nurrul Huda Ahmad Lutfi (BERNAMA), Azzah Mohamad @ Md Som (BERNAMA), Siti Zubaidah Sekak (Dewan Bahasa & Pustaka), Diana Dominic (Jabatan Penerangan Sabah), Kenny Thomas (Jabatan Penerangan Sabah), Zaphne Philip (Utusan Sarawak), Nurul Husna Mahmud (Metro Ahad), Samihah Mohamed Janum (BERNAMA), Mohd Faizul Fazrik Kamarudin (Jabatan Penyiaran Malaysia)

Berdiri (belakang) dari kiri: Nur Athira Syakina Juhaidi (Berita Publishing Sdn Bhd), Azlee Nor Mahmud (BERNAMA), Aliaa Aaina Izyan bt Hasan (Utusan Karya Sdn Bhd), Joash Kong Xin-Chern (Borneo Post Sdn Bhd), Lum Chee Hong (Berita Harian Sdn Bhd), Mohd Hasrul Abdullah(Berita Publishing Sdn Bhd), Mohd Syukri Anwar (Dewan Bahasa & Pustaka), Lee Chi Heng (Nanyang Siang Pau), Doreen Sharon Ling Yee Mei (New Sarawak Tribune).

10. Para peserta Zamalah meraikan tanda terima kasih kepada warga MPI dengan menghadiahkan sebiji kek sambil diperhatikan oleh Dato’ Chamil Wariya dan Puan Maimunah Abd Rashid selaku moderator kursus selepas majlis penutup program Zamalah tersebut.

11. Beratur!!! Acara yang ditunggu-tunggu…  pada setiap kali program majlis penutup, setiap peserta digalakkan untuk membawa sekurang-kurangnya tiga (3) hadiah peribadi atau cenderamata yang hendak ditukar dengan peserta lain. 

12. Lum Chee Hong, peserta  dari Berita Harian (tengah) menunjukkan sebuah buku hadiah peribadi atau cenderamata yang telah diterima dari peserta lain selepas majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.

13. Acara membuka hadiah…wajah-wajah riang peserta sambil membuka hadiah masing-masing selepas majlis penutup program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014.

14. Kad ucapan terima kasih dan kata-kata sanjungan yang sungguh menyentuh perasaan dari 25 orang peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2014 pada majlis penutup program tersebut.