Majlis penutupan dan penyampaian sijil Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2015

Setelah berlangsung selama dua minggu bermula 18 Januari 2015, Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia melabuhkan tirainya pada 31 Januari 2015 di Kundasang, Sabah. Majlis penutupan dan penyampaian sijil kepada 23 orang peserta disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Datuk Almain Ajrul. Tiga peserta dinobatkan sebagai peserta terbaik bagi program itu.

1. Datuk Chamil (kiri) bersama Datuk Almain Ajrul, Pengarah Penerangan Negeri Sabah (tengah) dan Encik Wallis (Ketua Penolong Pengarah Penerangan Sabah).

2. Wakil peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia, Warman Wagiman, Penolong Pegawai Penerangan Sabah, menyampaikan ucapan.

3. Datuk Almain Ajrul menyampai ucapan penutupan, tanda berakhirnya Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia di Mt. Kinabalu & Spa Resort di Kundasang pada 31 Januari 2015.

4. Gloria Jaymess, wartawan TV3 Kota Kinabalu (dua kanan) menerima sijil sebagai peserta terbaik (wanita).

5. Mohd Salleh Jikri, wartawan RTM Sabah (dua kanan) turut dinobatkan sebagai peserta terbaik (lelaki) Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2015.

6. Siti Aisyah Ramli, wartawan Utusan Borneo Kuching, Sarawak pula dinamakan sebagai peserta terbaik keseluruhan Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2015.

7. 23 peserta Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2015 bergambar kenangan dengan tetamu kehormat Datuk Almain Ajrul (duduk, dua kiri) sambil menayangkan sjil penyertaan masing-masing.